Mayat wanita dengan kesan kelar di leher ditemui

Mayat wanita dengan kesan kelar di leher ditemui
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dalam sebuah bilik di MJC Batu Kawah dengan kesan kelar di leher, semalam. – NSTP/Melvin Joni

Mayat wanita dengan kesan kelar di leher ditemui

PADAWAN: Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dengan kesan kelar di leher dalam sebuah bilik di MJC Batu Kawah, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata mayat mangsa berusia 35 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh anaknya perempuannya berusia lingkungan tiga tahun.

Beliau berkata, anak mangsa kemudiannya memberitahu rakan ibunya mengenai kejadian itu.

“Ketika kejadian anak mangsa menangis dan apabila pengadu bertanya kepadanya, dia membawa pengadu ke bilik mereka.





“Apabila masuk ke bilik itu pengadu mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal berkata, susulan laporan polis diterima oleh rakan mangsa kira-kira jam 4.56 petang semalam, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami luka besar di bahagian kerongkong disyaki dikelar menggunakan senjata tajam.

“Tiada kesan pecah masuk di bilik mangsa dan motif kejadian dipercayai disebabkan oleh cemburu atau samun. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Lelaki ditemui mati dalam kereta dengan kesan kelar di leher





Mayat wanita dengan kesan kelar di leher ditemui


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker