NETIZEN PUJI KEMESRAAN ANTARA ERRA FAZIRA & LISA SURIHANI
SERTAI MAJLIS AGAMA
NETIZEN PUJI KEMESRAAN ANTARA ERRA FAZIRA & LISA SURIHANI
“Alhamdulillah malam yang indah bila dapat berkumpul dengan sahabat dan insan yang baik dan dihormati.. Moga ini menjadi asbab utk kita terus istiqomah mencari syurga.. Moga dengan izinNya pertemuan pertama ini memberi perspektif baru dalam kita menyebarkan perkongsian kepada semua..
“InsyaAllah, Amin,” tutur pelakon Erra Fazira yang baru-baru ini ada memuat naik video serta meluahkan rasa syukur dapat berkumpul dengan rakan selebriti dalam majlis anjuran pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar.
Menerusi entri itu, Erra berkata meskipun pertemuan itu hanya sebentar namun ada ilmu bermanfaat serta berharap menjadi asbab untuknya terus istiqamah.
Melihat pada video yang dikongsikan, dapat dilihat suasana dalam majlis tersebut serta kelihatan pelakon Lisa Surihani berbual bersama Erra serta beberapa selebriti lain.
Isteri kepada Yusry Abdul Halim ini yang dilihat turut meningalkan komen pada entri itu meluahkan rasa gembira dapat bertemu dengan Erra pada majlis ilmu tersebut.
Perkongsian Erra itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap terbuka kedua pelakon itu serta menjaga silaturahim. Malah, ada yang mengagumi kedua selebriti itu yang sudah move on dari kisah lama.
ERRA FAZIRA: “SAYA TAK ADA MASALAH BERKAWAN ATAU BERKAHWIN DENGAN BANGSA LAIN”
NETIZEN PUJI KEMESRAAN ANTARA ERRA FAZIRA & LISA SURIHANI
Lawati Laman :
- Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?
- Mantan Pengarah JSJ Bukit Aman Kecewa Dengan Pakatan Harapan
- Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.