Padah acu pistol mainan anak buah ketika memandu

Padah acu pistol mainan anak buah ketika memandu
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang memandu sambil sebelah tangan dilihat memegang sepucuk ‘pistol’ yang videonya tular di media sosial, membawa padah apabila dia ditahan polis semalam.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di bandar Sri Damansara, di sini kira-kira jam 10 malam tadi, selepas pihak polis menerima laporan mengenai tindakannya itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata laporan itu diterima jam 7.03 malam tadi mengenai seorang lelaki yang memandu PROTON Wira berwarna merah sambil mengeluarkan tangan yang memegang sepucuk pistol dari tingkap dan menghalakan senjata itu ke atas.
“Kejadian berlaku di sebuah lebuh raya berhampiran sebuah kompleks beli belah di Damansara di Petaling Jaya dan perbuatan suspek dilihat dan dirakam pengadu yang turut menggunakan lebuh raya sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, susulan tangkapan itu, polis merampas kereta digunakan suspek serta sepucuk pistol mainan untuk siasatan.
“Siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan mendakwa pistol mainan berharga RM2.40 itu milik anak buahnya yang berusia empat tahun.
“Suspek turut mendakwa dia sedang bermain dengan anak buahnya itu ketika kejadian, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah dan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini untuk permohonan reman.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 26 Akta Senjata Api 1960 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.
Padah acu pistol mainan anak buah ketika memandu
Lawati Laman :
- Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?
- Mantan Pengarah JSJ Bukit Aman Kecewa Dengan Pakatan Harapan
- Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.