Parti Komunis China adakan mesyuarat tergempar

Parti Komunis China adakan mesyuarat tergempar
Orang ramai menjalani ujian COVID-19 di Shanghai, ketika kerajaan China mengumumkan pelonggaran perintah larangan coronavirus di negara itu. – Foto REUTERS

Parti Komunis China adakan mesyuarat tergempar

BEIJING: Kerajaan China mengadakan mesyuarat tergempar disertai lebih 100,000 pegawai, lapor media rasmi negara itu, menyusuli arahan Beijing menggesa pelaksanaan segera langkah penstabilan ekonomi yang terjejas teruk akibat sekatan ketat COVID-19.

Mesyuarat secara sidang video oleh Majlis Negara itu dihadiri kesemua pegawai peringkat, wilayah, bandar raya dan majlis perbandaran, menurut Global Times.

Barisan pegawai tertinggi China yang turut hadir termasuk Perdana Menteri, Li Keqiang, yang menggesa pihak berkuasa bertindak segera mengekalkan pekerjaan sedia ada dan mengurangkan pengangguran.

China sebagai ekonomi kedua terbesar dunia, terjejas dalam pelbagai sektor sejak pandemik COVID-19 menyerang pada Mac lalu, memaksa pelaksanaan sekatan ketat seperti perintah berkurung di bandar utama.





Penutupan hab kewangan seperti Beijing dan Shanghai amat ketara kesannya kerana warga kota tidak dibenarkan meninggalkan kediaman masing-masing selama satu setengah bulan.

Keqiang berkata, kesan susulan perintah berkurung pada Mac dan April itu, dalam aspek tertentu adalah jauh lebih buruk berbanding kesan penularan awal COVID-19 di China pada 2020.

Beliau merujuk kepada beberapa penanda aras kegawatan ekonomi termasuk kadar pengangguran, pengurangan pengeluaran industri dan pengangkutan kargo yang tergendala.

Pada mesyuarat Majlis Negara baru-baru ini, pemerintah memperkenalkan 33 langkah ekonomi baharu termasuk meningkatkan pulangan cukai, meluaskan pinjaman kepada perniagaan kecil.

Ia termasuk penyaluran pinjaman kecemasan bagi memulihkan industri penerbangan yang terjejas teruk, lapor agensi berita Xinhua.





Antara dasar dalam 33 langkah pembaharuan itu turut melonggarkan sekatan coronavirus seperti membatalkan sekatan lori kargo memasuki kawasan berisiko rendah.

Susulan mesyuarat tergempar pada Rabu lalu itu juga, Keqiang mengarahkan jabatan pemerintah supaya melaksanakan segera 33 langkah baharu itu menjelang akhir Mei ini.

Sepanjang pandemik melanda China, Beijing melaksanakan dasar sifar COVID-19 yang ketat bertujuan menghapuskan semua rantaian jangkitan sama ada melalui penutupan sempadan, kuarantin mandatori, ujian saringan besar-besaran dan perintah berkurung mengejut.

Bagaimanapun, strategi itu dicabar varian Omicron yang sangat mudah berjangkit dan menular ke seluruh negara awal bulan ini, walaupun pihak berkuasa segera menutup daerah dan sempadan antara wilayah.

Menjelang pertengahan Mei, lebih 30 bandar berada di bawah perintah berkurung sepenuhnya atau separa dalam langkah yang memberi kesan terhadap lebih 220 juta orang di seluruh China. – AGENSI





Lelaki didakwa miliki senjata, buku ideologi komunis

Parti Komunis China adakan mesyuarat tergempar


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker