Pemuda UMNO Jasin minta henti pemimpin adu domba

Pemuda UMNO Jasin minta henti pemimpin adu domba
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh bersama ADUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar (kiri) dan ADUN Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis serta beberapa AJK UMNO Bahagian Jasin pada sidang media di Lipat Kajang, Merlimau, hari ini. – Foto AMIR MAMAT

Pemuda UMNO Jasin minta henti pemimpin adu domba

JASIN: Pemuda UMNO Bahagian Jasin memberi amaran akan melaporkan kepada Lembaga Disiplin parti itu, jika masih ada lagi dalam kalangan pemimpin yang terus menjadi pengadu domba dan penyebar fitnah sehingga boleh menjejaskan perpaduan kepemimpinan di peringkat negeri.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata tindakan itu adalah jalan terakhir yang akan diambil ke atas beberapa pemimpin UMNO bahagian yang dikesan menjadi dalang kepada usaha melaga-lagakan kepemimpinan sekali gus memecahbelahkan perpaduan parti.

“Kami tidak teragak-agak melaporkan terus mengenai salah laku individu berkenaan kepada Lembaga Disiplin UMNO sekiranya secara berterusan melaga-lagakan serta menabur fitnah terhadap pemimpin UMNO dan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau ditemui pada sidang media di pejabatnya di Lipat Kajang, Merlimau, di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu ialah ADUN Rim merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Khaidirah Abu Zahar; ADUN Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis; Bendahari UMNO Jasin, Datuk Mohd Yusof Osman serta beberapa ahli jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian berkenaan.





‘Dakwaan Sulaiman dipaksa tandatangan surat letak jawatan tidak berasas’
Sulaiman nafi lepas jawatan Ketua Menteri Melaka

Baru-baru ini, tiga Ketua UMNO bahagian mendakwa terdapat desakan pihak tertentu supaya Sulaiman digantikan dengan individu lain dalam tempoh terdekat.


Lawati Laman :


Mereka adalah Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad; Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Wira Hasan Abd Rahman dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman.

Dakwaan itu turut dinyatakan mereka menerusi satu forum yang disiarkan menerusi platform media sosial pada pertengahan bulan ini.

Dr Muhamad Akmal berkata, fitnah mengenai pertukaran jawatan Ketua Menteri itu dibangkitkan parti pembangkang beberapa bulan lalu dan disambut serta dikeruhkan oleh beberapa pemimpin UMNO bahagian di negeri ini yang mendakwa mewakili organisasi di peringkat bahagian.





Namun, katanya, apa yang dinyatakan pemimpin UMNO itu adalah bersifat peribadi dan tidak pernah sama sekali dibincangkan, apatah lagi diputuskan oleh Biro Politik UMNO bahagian.

“Saya sendiri selaku Ketua Pemuda UMNO bahagian Jasin tidak pernah dijemput untuk berbincang, sama ada melalui mesyuarat rasmi atau tidak rasmi berkaitan kenyataan dan pendirian Ketua UMNO Bahagian Jasin itu.

“Malah, selaku EXCO negeri, tidak pernah sekali pun sebarang usul serta perbincangan untuk menukar Ketua Menteri kepada individu lain. Inilah asas mengapa kita katakan bahawa semua dakwaan daripada mereka itu adalah bersifat peribadi dan tidak sedikit pun mewakili UMNO bahagian ini,” katanya.

Beliau turut meminta pihak berkenaan supaya menghentikan fitnah itu serta kembali kepada perjuangan asas dan pada masa sama, meminta supaya Lembaga Disiplin UMNO untuk melakukan siasatan sekiranya terdapat anasir yang cuba untuk memecahbelahkan muafakat UMNO bahagian dan negeri.


Lawati Laman :


Baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilapor mengesahkan tidak ada sebarang masalah yang melanda UMNO Melaka susulan ada pihak yang mendesak supaya jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang disandang Datuk Seri Ab Rauf Yusoh digantikan dengan Sulaiman.





Ahmad Zahid pada masa sama mengakui ada bertemu dengan Ab Rauf serta sekumpulan Ketua UMNO bahagian dari Melaka secara berasingan.

Semalam, Ab Rauf yang juga EXCO Kanan negeri menafikan khabar angin yang mendakwa kepemimpinan UMNO negeri bakal bertukar dalam masa terdekat.

Beliau yang juga ADUN Tanjung Bidara berkata, tiada isu besar yang timbul berkaitan kepimpinan UMNO negeri, ketika ini.

Mangsa banjir di PPS Melaka kekal 26





Pemuda UMNO Jasin minta henti pemimpin adu domba

 


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker