Rafizi menang di Johor, Pahang, Saifuddin kuasai Sabah

Rafizi menang di Johor, Pahang, Saifuddin kuasai Sabah
Rafizi Ramli (kiri) dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Rafizi menang di Johor, Pahang, Saifuddin kuasai Sabah

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menguasai Johor dan Pahang dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Berdasarkan keputusan yang dikongsikan di laman rasmi keputusan pemilihan PKR, www.pemilihankeadilan2022.com, Rafizi mengungguli pengundian di Johor apabila meraih 3,967 undi meninggalkan pencabarnya yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang sekadar memperoleh 1,117 undi.

Rafizi memenangi 23 daripada 26 cabang iaitu Segamat, Sekijang, Pagoh, Ledang, Bakri, Muar, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sri Gading, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kluang dan Sembrong.

Beliau turut memenangi cabang Tenggara, Pengerang, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pulai, Iskandar Puteri, Kulai, Pontian dan Tanjung Piai.





Saifuddin Nasution pula sekadar menang di tiga cabang iaitu Labis, Kota Tinggi dan Mersing.

Di Pahang, Rafizi mendapat undi terkumpul sebanyak 1,863 meninggalkan Saifuddin Nasution yang hanya memperoleh 425 undi.

Rafizi menang di 13 daripada 14 cabang dan hanya satu sahajadimenangi Saifuddin Nasution iaitu di cabang Kuala Krau.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Rafizi di Sabah apabila beliau sekadar mendapat 6,814 undi biarpun memenangi 19 daripada 25 cabang berbanding Saifuddin Nasution yang memperoleh 8,585 undi.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sebelum ini memaklumkan, seramai 147,334 ahli PKR mengundi dalam pemilihan kali ini atau sekitar 13.17 peratus keluar mengundi dari 1,118,423 ahli yang layak mengundi kali ini.





Ini bermakna, mana-mana calon yang melepasi dulu jumlah 73,667 undi atau melepasi 50 peratus khususnya bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, boleh dianggap menang dalam pemilihan kali ini.

Pemain EPL kuasai senarai Ballon d’Or

Rafizi menang di Johor, Pahang, Saifuddin kuasai Sabah

 


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker