Ribut melanda Kubang Pasu, bumbung rumah berterbangan

Ribut melanda Kubang Pasu, bumbung rumah berterbangan
JITRA: “Tak pernah berlaku ribut seteruk ini. Banyak banyak bumbung rumah berterbangan sehingga ada yang melintang di atas jalan raya.
“Pokok di tepi jalan pula banyak yang tumbang tetapi syukurlah tiada mangsa ketika itu,” kata penduduk, Ahmad Shukri Deris, 54.
Katanya, ketika kejadian jam 4.30 petang itu, dia melalui kawasan Sungai Korok, dekat sini dengan menunggang motosikal dan sebaik hujan lebat, dia terus memberhentikan motosikalnya di sebuah kedai makan kerana bimbang keadaan jalan licin.
“Saya hanya mampu berdoa supaya hujan dan angin berhenti tetapi keadaan lebih teruk apabila ada bumbung rumah penduduk berterbangan di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kejadian itu menyebabkan pengguna jalan raya dari Air Hitam ke Pekan Jitra tidak dapat melalui kawasan itu dan terpaksa menggunakan alternatif lain untuk meneruskan perjalanan.
Berikutan itu, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu tiba di lokasi untuk melakukan tugas memotong dahan pokok yang tumbang bagi mengelakkan kesesakan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, berkata beberapa kawasan yang dilanda ribut di daerah ini menyebabkan banyak pokok tumbang di Kampung Bata, Kampung Malau, Kampung Sampang di Mukim Malau, Kampung Permatang Kerpan di Mukim Jerlun.
Beliau berkata, kampung lain yang dilanda ribut ialah Kampung Sungai Korok di Jitra, Kampung Padang Pekan di Mukim Naga dan Kampung Permatang Pinang di Mukim Jeram.
“Hujan lebat dan angin kencang jam 4 petang melanda hampir keseluruhan daerah Kubang Pasu, menyebabkan bumbung rumah diterbangkan angin dan pokok tumbang melintang jalan serta ada yang menghempap rumah.
“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggotanya dari BBP Jitra tiba di lokasi di Sungai Korok untuk membantu khidmat khas pokok tumbang.
Beliau berkata, terdapat pokok tumbang dan bumbung rumah menghalang jalanraya serta membabitkan beberapa rumah yang turut mengalami kerosakan akibat angin kuat.
“Kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ayer Itam dan orang awam. Operasi tamat sepenuhnya jam 7.23 malam,” katanya.
PENYANYI NASYID BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG
Ribut melanda Kubang Pasu, bumbung rumah berterbangan
Lawati Laman :
- Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?
- Mantan Pengarah JSJ Bukit Aman Kecewa Dengan Pakatan Harapan
- Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta