Schumacher terbabit kemalangan ngeri di Monaco

Mick Schumacher hilang kawalan ke atas jenteranya di pusingan ke-27 dan melanggar penghadang jalan di litar Monaco. - Foto EPA
Ribuan penyokong Liverpool membanjiri bandar itu bagi menyambut kepulangan naib juara Eropah dan juara berganda domestik berkenaan. – Foto REUTERS

Schumacher terbabit kemalangan ngeri di Monaco

MONACO: Mick Schumacher terbabit dalam kemalangan mengerikan apabila keretanya putus dua dalam perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix Monaco.

Pemandu 23 tahun Jerman itu hilang kawalan ke atas jenteranya di pusingan ke-27 dan melanggar penghadang jalan di litar Monaco itu.

Anak legenda F1 Michael Schumacher itu tidak mengalami kecederaan serius, tetapi bendera merah terpaksa dikibarkan selepas usaha membersihkan litar ketika bendera kuning dikibarkan tidak berjaya.

Schumacher terbabit kemalangan ngeri di Monaco
Pemandu Haas Mick Schumacher tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kemalangan di Grand Prix Formula Satu di litar jalan raya Monaco. – Foto AFP
Pasukan Schumacher, Haas mengesahkan pemandunya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Mick kemalangan di Swimming Pool Chicane. Dia berjaya keluar dari kereta dan dalam keadaan baik,” kata Haas.





Ia adalah insiden kemalangan kedua membabitkan Schumacher musim ini selepas kejadian di Arab Saudi.

Schumacher terbabit kemalangan ngeri di Monaco
Jentera Haas dipandu Mick Schumacher terputus dua dalam kemalangan di Grand Prix Formula Satu di litar jalan raya Monaco. – Foto AFP

Sergio Perez dari pasukan Red Bull memenangi perlumbaan di Monaco itu yang tertangguh seketika akibat cuaca buruk.

Dia berjaya menghalang asakan pemandu Ferrari Carlos Sainz yang hanya ketinggalan 1.1 saat di belakang.

Rakan sepasukan Red Bull, pendahulu kejuaraan dan juara dunia Max Verstappen di tempat ketiga.

Pemandu tuan rumah Charles Leclerc dari pasukan Ferrari di tempat keempat selepas kekeliruan dalam strategi dua hentian pit menyebabkan dia tercicir dari kedudukan pendahulu. – AGENSI





Schumacher terbabit kemalangan ngeri di Monaco
Pemandu Red Bull Racing Sergio Perez bersama trofi Grand Prix Formula Satu Monaco. – Foto AFP

Schumacher alami detik ngeri di litar Jeddah





 Schumacher terbabit kemalangan ngeri di Monaco


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker