STACY SAHKAN HAMIL 7 BULAN, DIJANGKA BERSALIN OGOS DEPAN

SPEKULASI TERJAWAB

STACY SAHKAN HAMIL 7 BULAN, DIJANGKA BERSALIN OGOS DEPAN

“Iya, saya hamil… Sudah tujuh bulan,” demikianlah jelas penyanyi Stacy Anam yang mengesahkan dirinya berbadan dua, sekaligus menjawab spekulasi kehamilan yang sebelum ini menjadi tanda tanya.

Stacy atau nama sebenar, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 32, memberitahu, kandungannya kini mencecah tujuh bulan dan dijangka bersalin, Ogos depan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Jika diikutkan, saya sudah tidak mampu untuk ‘cover’ lagi perut yang sudah ke depan. Ada video baharu yang dimuat naik ketika bercuti di Sabah bersama suami dan dua anak. Dalam rakaman itu, saya kelihatan cuba ‘cover’ perut.





“Sempatlah juga bercuti dengan berbadan dua. Namun, akhirnya, saya tidak dapat lagi tahan perut… Dilepaskan sahaja perut yang sudah memboyot ke depan itu,” tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Sejak beberapa bulan lalu, netizen mula membuat spekulasi kemungkinan Stacy hamil melalui beberapa perkongsian videonya. Stacy berkata, dia tidak merahsiakan kehamilannya jika ditanya.

“Sebelum ini, ramai mendoakan keadaan saya baik-baik sahaja. Keluarga pun bertanya soalan sama ada saya hamil atau sebaliknya. Jika diikutkan, ada yang sudah tahu saya hamil. Saya pun tidak berahsia kalau ada bertanya. Sekarang, saya tinggal dua bulan untuk bersalin. Diharapkan segala-galanya dipermudahkan,” katanya.

Stacy yang mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Akim Ahmad di Kota Kinabalu, Sabah pada 2016 itu turut berharap dikurniakan cahaya mata lelaki kali ini.





“Sudah ada dua ‘heroin’ yang semakin membesar depan mata. Jadi, kalau ada rezeki, dapat ‘boy’, bagus juga. Namun, saya dan Akim terbuka soal jantina anak,” ujarnya.

USTAZ EBIT LEW : PERBICARAAN KES 1 HINGGA 5 OGOS

STACY SAHKAN HAMIL 7 BULAN, DIJANGKA BERSALIN OGOS DEPAN


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta

 

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker