Syarikat didakwa guna kelengkapan komunikasi tidak diperakui

Syarikat didakwa guna kelengkapan komunikasi tidak diperakui

Syarikat didakwa guna kelengkapan komunikasi tidak diperakui

KULIM: Sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap dua tuduhan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui dan radas yang menyebabkan gangguan mudarat pada 2019.

Syarikat Z In Hotel Sdn Bhd menerusi wakilnya, Goh Siew Leong bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim, Mirza Mohamad.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat itu selaku orang kena saman (OKS), didakwa menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, iaitu dua unit GSM Mobile Repeater model GSM-990 di Lorong Kemuning 4/7, Taman Kemuning, di sini pada 2.34 petang, 20 Februari 2019.





Bagi kesalahan itu, syarikat terbabit didakwa mengikut Peraturan 16(1)(b), Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 16(3) Peraturan-peraturan yang sama. Jika sabit kesalahan syarikat itu boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-peraturan yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua syarikat itu didakwa dengan sengaja menggunakan radas iaitu dua unit GSM Mobile Repeater model GSM-990 dengan cara yang menyebabkan gangguan mudarat di alamat, waktu dan tarikh sama seperti pertuduhan pertama.

Bagi kesalahan itu, syarikat terbabit didakwa mengikut Peraturan 34(5)(c) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan boleh dihukum di bawah peraturan sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM300,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh serahan dokumen dan OKS tidak dikenakan bayaran jaminan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Nur Nazhzilah Mohd Hashim, manakala OKS diwakili peguam Darwin Lim Chee Chien. – BERNAMA





ALL IT Hypermarket, pengarah didenda RM20,000 jual produk tidak diperakui

Syarikat didakwa guna kelengkapan komunikasi tidak diperakui


Lawati Laman :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker