Tujuh cedera MPV terjunam dalam sungai

Tujuh cedera MPV terjunam dalam sungai
KLANG: Dua parah, manakala lima lagi cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai berdekatan lampu isyarat Jalan Haji Abdul Manan dekat Kapar di sini malam tadi.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata dua mangsa yang parah akibat tersepit termasuk pemandu, berjaya dikeluarkan anggota bomba, selepas lima lagi mangsa dikeluarkan orang awam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.46 malam sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi.
“Kemalangan membabitkan sebuah MPV dinaiki tujuh mangsa terdiri lima wanita dan dua lelaki berusia 13 hingga 61 tahun, terjunam dalam sungai yang mempunyai kedalaman air 0.3 meter,” katanya.
Beliau berkata, kesemua mangsa yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu, kemudiannya dibantu pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tujuh cedera MPV terjunam dalam sungai
Lawati Laman :
- Mesyuarat Khas Bar Council Tidak Cukup Korum?
- Mantan Pengarah JSJ Bukit Aman Kecewa Dengan Pakatan Harapan
- Kerajaan Keluarga Malaysia Akan Hilang Majoriti Selepas Tamat MoU
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.