ARIPAH DAMANHURI KEMBALI KE RAHMATULLAH

AL-FATIHAH

ARIPAH DAMANHURI KEMBALI KE RAHMATULLAH

ARIPAH DAMANHURI KEMBALI KE RAHMATULLAH

“Kakak kesayangan ku telah pergi meninggal kan kami.. tidak akan kembali lagi.. Semoga Allah ampunkan segala dosa nya.. Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah,

“Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,.. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Al – Fatihah,” tulis pelakon veteran Normah Damanhuri menerusi laman Instagram miliknya dimana beliau memaklumkan kakaknya yang juga pelakon, Aripah Damanhuri telah meninggal dunia.

Pada jam.8.15 pagi tadi, Aripah, 73, telah menhembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat kegagalan fungsi organ dalam badan selepas lebih sebulan dirawat di hospital sejak 23 April lalu.





Sementara itu, anaknya iaitu Fais Nurpais Ismail yang dihubungi turut mengesahkan berita sedih ini dengan memaklumkan Allahyarham ibunya baharu dipindahkan ke wad biasa dari Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira lima hari lalu.

“Keadaan mak sebelum ini nampak semakin stabil sehinggalah doktor akhirnya memindahkan arwah dari ICU ke wad biasa untuk meneruskan rawatan. Tapi, sudah suratan takdir yang Allah tetapkan, mak akhirnya pergi jua.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian mak dan ucapkan terima kasih kepada doktor serta jururawat yang sudah merawat mak sepanjang di hospital ini. Begitu juga, terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan mak,” jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Menurut Faiz Nurpais, keadaan ibunya ketika di ICU hospital sebelum ini pun sudah sedar dan boleh membuka mata serta menggerak-gerakkan jari. Cuma, katanya Allahyarham tidak boleh bercakap.





“Selama melawat mak di hospital, keadaan kesihatannya nampak okey dan stabil kerana dia sudah sedar, boleh buka mata dan menggerakkan jari. Mak juga tahu apa yang kita cakapkan dengannya.Tapi, inilah takdir.

“Allhahyarham mak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah Taman Batu Muda pada hari ini, dan sekarang urusan dengan pihak pengurusan tanah perkuburan masih dilakukan,” katanya.

Terdahulu, Aripah dilaporkan dimasukkan ke HKL pada 23 April lalu selepas paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan. Bagaimanapun, pada 26 April lalu, Fais Nurpais memaklumkan keadaan kesihatan ibunya, Aripah sudah menunjukkan sedikit tindak balas positif sejak dimasukkan ke ICU HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan juga, Aripah yang tiada sebarang penyakit sebelum ini diberitahu mengalami jangkitan kuman dalam darah dan sudah merebak sehingga mengganggu fungsi organ tertentu dalam badannya termasuk di bahagian buah pinggang.





SEKARANG MAK DAH DIMASUKKAN KE ICU DARI WAD BIASA – ANAK ARIPAH DAMANHURI

ARIPAH DAMANHURI KEMBALI KE RAHMATULLAH


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Rafizi Move Untuk Gulingkan Anwar

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker