Rafizi Move Untuk Gulingkan Anwar

Rafizi Move Untuk Gulingkan Anwar

Rafizi Move Untuk Gulingkan Anwar

Malaysiakini melaporkan, dari keputusan tidak rasmi, Rafizi sudah boleh dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Rafizi yang menentang Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, dilaporkan mengatasi Saifuddin dengan 19,098 undi.

Rafizi memperoleh 67,895 undi berbanding Saifuddin yang meraih 48,797 undi.





Hampir keseluruhan negeri dimenangi Rafizi berbanding dengan Saifuddin yang hanya menang di Perlis dan Sabah.

Namun bukan kemenangan Rafizi yang menarik perhatian Edisi Siasat.

Sumber dalaman PKR memaklumkan, kemenangan Rafizi ini memberi petanda penguasaan Anwar dalam PKR akan berakhir dalam sedikit masa.

Umum mengetahui, Saifuddin adalah calon Timbalan Presiden PKR yang mendapat sokongan yang kuat dari Anwar.

Walau pun penyokong Anwar cuba menafikan berita Rafizi bakal menyingkirkan Anwar, namun tidak dapat dinafikan peratusan undi yang rendah adalah petanda jelas ahli PKR mahukan kepimpinan yang baharu dalam parti tersebut.





Rafizi Move Fasa 2 Akan Singkirkan Anwar

Ahli PKR dikatakan sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar berikutan prestasi buruk PKR dalam beberapa siri pilihanraya.

Kredibiliti Anwar semakin tercalar apabila ketokohan beliau sebagai pemidato dibenamkan oleh fakta DS Najib dalam Debat Perdana.

Kami difahamkan, kebanyakan ahli PKR yang mengundi adalah penyokong Rafizi yang mahukan reformasi kepimpinan dilakukan dalam PKR.

Manakala penyokong Anwar dikatakan hanya mengambil sikap tunggu dan lihat dengan pembaharuan yang akan dibawa oleh Rafizi.

Mereka juga dikatakan tidak akan teragak-agak untuk mendesak Rafizi supaya menyingkirkan Anwar dari kerusi Presiden PKR.





Bagi kami di Edisi Siasat, ada asasnya berita yang disampaikan kepada kami.

Kalau kita masih ingat, dalam pemilihan PKR yang lepas, Azmin berjaya menewaskan Rafizi walau pun beliau disokong oleh Anwar.

Dan kini sekali lagi calon yang disokong oleh Anwar tewas dalan pemilihan parti.

Ini sudah jelas membuktikan bahawa pengaruh Anwar di dalam PKR sudah lama menghilang.

Antara puncanya adalah kerana kelemahan kepimpinan Anwar dan kegagalan Anwar memimpin PKR dalam beberapa siri pilihanraya.





Sekiranya Anwar tidak berhati-hati, nasib yang menimpa Dr Mahathir akan menimpa Anwar apabila tersingkir dari parti yang beliau asaskan sendiri!!!

 

Rafizi Move Untuk Gulingkan Anwar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Lawati Laman:





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker