Akan Berjayakah Kluster Putrajaya Menghasut Ismail Sabri?

Akan Berjayakah Kluster Putrajaya Menghasut Ismail Sabri?

Akan Berjayakah Kluster Putrajaya Menghasut Ismail Sabri?

Sumber dalaman UMNO memaklumkan kepada Edisi Siasat, kluster Putrajaya kini sedang giat mempengaruhi Ismail Sabri supaya menangguhkan pembubaran parlimen.

Kluster Putrajaya mahu pembubaran parlimen ditangguhkan sehingga ke akhir penggal.

Dilapurkan juga, usaha sedang berusaha supaya Pertubuhan Pendaftaran tidak meluluskan dengan segera pindaan perlembagaan UMNO yang dibuat ketika EGM 2022 lalu.





Mereka sebenarnya sedang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Dan lebih kepada melindungi kepentingan peribadi dari kepentingan parti.

Kebimbangan mereka adalah sekiranya pindaan perlembagaan itu diluluskan segera, maka DS Zahid akan kekal sebagai Presiden UMNO sehingga selepas PRU 15.

Bagi mereka, keadaan ini merbahaya kerana mereka bimbang sekiranya nama mereka tidak dicalunkan semula dalam PRU 15 nanti.

Mereka sanggup menentang kehendak akar umbi UMNO semata-mata untuk melindungi kepentingan peribadi mereka.





Untuk rekod, cuma 6 dari 190 bahagian UMNO sahaja yang bersetuju pemilihan parti diadakan sebelum PRU 15.

Manakala 184 bahagian UMNO yang lain mahu PRU 15 diadakan sebelum pemilihan parti.

Ini adalah untuk mengelakkan perpecahan dalaman UMNO berlaku ketika menghadapi PRU 15 dan ini akan melemahkan UMNO.

Kluster Putrajaya Hanya Mementingkan Kepentingan Peribadi

Namun bagi kluster Putrajaya, ini bukanlah masalah bagi mereka.

Sekiranya UMNO berpecah dan lemah dalam menghadapi PRU 15, itu bukanlah masalah bagi mereka.





Apa yang penting, mereka mesti dicalonkan semula dan sekiranya UMNO kalah dalam PRU 15 tetapi mereka menang, mereka akan melompat ke parti lain.

Sebab itulah mereka bersekutu dengan musuh UMNO untuk menangguhkan kelulusan Akta Anti Lompat Parti.

Namun sebagai seorang yang taat kepada parti, Ismail Sabri mestilah rasional dan membuat pertimbangan yang bijak.

Menangguhkan pembubaran parlimen atau membiarkan campurtangan dalam kelulusan ROS terhadap pindaan perlembagaan UMNO bermaksud menentang jehendak akar umbi UMNO.

Ianya akan meletakkan Ismail Sabri dalam keadaan yang cukup berisiko.





Mungkin kalau Ismail Sabri menuruti kehendak kluster mahkamah, beliau boleh memenangi parlimen Bera dalam PRU 15.

Tetapi beliau mesti ingat, ketika pemilihan parti, beliau akan berhadapan dengan kemarahan 3.4 juta akar umbi UMNO.

Adakah beliau yakin boleh membeli jiwa 3.4 juta akar umbi supaya menyokong beliau sekiranya UMNO tewas dalam PRU 15?

Apakah yang akan berlaku kepada beliau sekiranya kalah dalam pemilihan parti tetapi menang dalam PRU 15.

Apakah ketika itu, beliau masih lagi merasa layak untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti.





Kalau pun beliau melompat ke parti lain, apakah seorang Perdana Menteri masih lagi akan dihormati apabila menjadi katak politik yang menjawat jawatan yang dilantik dan bukannya dipilih oleh ahli parti?

Sebagai seorang ‘party man’, Ismail Sabri mesti mengenepikan kehendak kluster Putrajaya dan bersama-sama dengan ketetapan yang sudah dibuat oleh parti.

 

Akan Berjayakah Kluster Putrajaya Menghasut Ismail Sabri?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker