DA’I SYED DI BEBASKAN DARIPADA DUA PERTUDUHAN JENAYAH SEKSUAL
DA’I SYED DI BEBASKAN DARIPADA DUA PERTUDUHAN JENAYAH SEKSUAL
Hari ini, pendakwah selebriti, Da’i Syed telah dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta, oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Hakim Jamaludin Mat memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal daripada kedua-dua pertuduhan berkenaan.
“Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” katanya.
Pada 10 Disember 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berusia 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.
Da’i Syed didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
DA’I SYED DI BEBASKAN DARIPADA DUA PERTUDUHAN JENAYAH SEKSUAL
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam 119 Tan Sri
- Harga Barang Di Biarkan Melambung Untuk Burukkan Imej BN Di PRU 15
- Rafizi Move Untuk Gulingkan Anwar
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.