Harga Barang Di Biarkan Melambung Untuk Burukkan Imej BN Di PRU 15

Harga Barang Di Biarkan Melambung Untuk Burukkan Imej BN Di PRU 15

Harga Barang Di Biarkan Melambung Untuk Burukkan Imej BN Di PRU 15

Kehidupan rakyat Malaysia kini semakin dihimpit oleh kenaikan harga barang yang tidak terkawal.

Walau pun ada di antara kita yang sudah mengeluarkan duit KWSP, namun dengan kenaikan harga barang, RM10K akan habis begitu sahaja.

Persoalan yang paling besar bermain di minda kita, mengapakah kerajaan seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa?





Masalah kenaikan harga barang keperluan asas berkait rapat dengan 2 kementerian, Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menteri yang menerajui MAFI dan KPDNHEP bukanlah menteri yang tiada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan.

Menteri KPDNHEP, Alexender Nanta Linggi, adalah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di era pemerintahan BN yang berakhir pada tahun 2018.

Sementara Menteri MAFI, Ronald Kiandee, sudah menerajui porfolio MAFI sejak dari era pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Tetapi mengapakah mereka tidak mampu mengambil tindakan untuk mengekang kenaikan harga barang?





Sebenarnya, soalan yang lebih tepat ialah apakah mereka tidak mampu atau tidak mahu mengekang kenaikan harga barang?

Adakah Mereka Sengaja Berdiam Diri?

Beberapa hari yang lepas, Edisi Siasat melapurkan ketika Semenanjung Malaysia putus bekalan ayam, Sarawak mengumumkan bekalan ayam mereka melebihi permintaan.

Apakah Menteri MAFI dan KPDNHEP tidak tahu mengenai perkara ini?

Dan jangan lupa, Pengerusi Majlis Penasihat Negara (MPN), Mahiaddin Yasin juga bertanggungjawab mengatasi masalah kenaikan harga barang.

Malah beliau pernah menjadi Menteri Pertanian di era pemerintahan BN.





Mengapakah beliau tidak melakukan apa-apa tindakan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang?

Berbalik kepada soalan sama ada mereka tidak mampu atau tidak mahu mengambil tindakan untuk mengekang kenaikan harga barang.

PN Mengulangi Strategi Licik & Jijik PH

Tentu kita masih ingat pendedahan yang pernah dibuat oleh Syed Saddiq mengenai dasar pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Syed Saddiq mendedahkan, PH sengaja membiarkan rakyat hidup menderita dalam 2 tahun pertama pemerintahan mereka.

Dalam 3 tahun pemerintahan selepas itu, PH akan berpura-pura memberikan segala bantuan kepada rakyat.





Rancangan PH adalah supaya rakyat berpendapat, hanya PH yang mampu membela dan menyelamatkan rakyat dan negara.

Maka dalam PRU 15 nanti, rakyat akan tetap memilih PH dan PH dapat mengekalkan kuasa mereka.

Kini, PRU 15 semakin hampir, musuh politik BN di luar kerajaan adalah PH dan musuh politik BN di dalam kerajaan adalah PN.

PN sedar, mereka peelu melakukan sesuatu supaya populariti BN yang sedang naik selepas PRN Melaka dan Johor dapat dibendung.

Yang menerajui kerajaan sekarang adalah pemimpin BN/UMNO.





Menghancurkan kredibiliti Perdana Menteri dari BN/UMNO adalah sama seperti menghancurkan kredibiliti BN/UMNO.

Sudah menjadi kelaziman, Perdana Menteri akan dipersalahkan atas pencapaian buruk menteri kabinet beliau.

Rakyat tidak akan menghalakan kemarahan kepada 2 menteri yang bertanggungjawab, tetapi kemarahan rakyat akan menghala kepada Ismail Sabri.

Kemarahan rakyat ke atas Ismail Sabri akan diterjemahkan kepada kemarahan rakyat terhadap BN/UMNO di PRU 15.

Sementara menunggu parlimen dibubarkan, Mahiaddin, Nanta Linggi dan Ronald Kiandee dijangka akan membiarkan masalah kenaikan harga barang.

Sementara PH pula akan memainkan sentimen kenaikan harga barang untuk lebih membakar kemarahan rakyat terhadap BN/UMNO.

Kerjasama PH Dan PN Akan Di Dedahkan Selepas Parlimen Bubar

Adalah PN dan PH berkerjasama?

Ya, jangan lupa pendedahan Shafie Apdal mengenai dakwaan Mahiaddin yang sudah mempunyai 119 sokongan Ahli Parlimen.

Maka apabila parlimen dibubarkan, PH dan PN akan sama-sama memainkan isu kenaikan harga barang untuk menyerang BN/UMNO.

Persoalannya sekarang, sampai bilakah Ismail Sabri akan membiarkan perkara ini berlaku.

Kita faham dengan kedudukan Ismail Sabri yang menjadi Perdana Menteri ibarat tangan terikat di langit dan kaki terpasak di bumi.

Tetapi membiarkan serangan halus PN dan PH ke atas BN/UMNO, bukanlah satu keputusan yang bijak.

Sekiranya BN/UMNO tidak dapat membentuk kerajaan selepas PRU 15, walau pun sekiranya Ismail Sabri melompat ke PH atau PN, satu perkara yang pasti, beliau TIDAK AKAN dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Jadi, buatlah keputusan yang bijak, jangan biarkan kemarahan rakyat terhadap BN/UMNO semakin memuncak.

 

Harga Barang Di Biarkan Melambung Untuk Burukkan Imej BN Di PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Lawati Laman:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker