Pakistan: Imran diberi amaran elak adakan lagi protes

Pakistan: Imran diberi amaran elak adakan lagi protes
NEW DELHI: Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rana Sanaullah Khan, memberi amaran keras kepada parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan bekas perdana menteri, Imran Khan supaya tidak mengadakan protes baharu di Islamabad.
“Saya memberi amaran kepada PTI. Saya nak lihat bagaimana mereka boleh melepasi halangan kali ini,” kata Rana Sanaullah semalam.
PTI merancang mengadakan perhimpunan di Islamabad untuk terus menekan kerajaan supaya mengumumkan pilihan raya awal.
Perhimpunan pada 25 Mei lalu dicemari pertempuran antara penyokong Imran dan polis di beberapa bandar termasuk Lahore dan Karachi.
Imran pada 26 Mei lalu turut membatalkan rancangannya bagi mengadakan perhimpunan kerana bimbang berlaku pertumpahan darah.
Bekas perdana menteri itu dikatakan sedang mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mengadakan satu lagi perhimpunan. – BERNAMA
Pakistan larang perarakan protes Imran Khan selepas polis terbunuh
Pakistan: Imran diberi amaran elak adakan lagi protes
Disyorkan Untuk Anda :
- Salam 119 Tan Sri
- Harga Barang Di Biarkan Melambung Untuk Burukkan Imej BN Di PRU 15
- Rafizi Move Untuk Gulingkan Anwar
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Akan Berjayakah Kluster Putrajaya Menghasut Ismail Sabri?