Salam 119 Tan Sri
Salam 119 Tan Sri
2 bulan lepas, Mahiaddin @ Muhyiddin maklumkan pada Shafie Apdal bahawa beliau sudah ada 119 sokongan Ahli Parlimen.
Tambah Shafie lagi, Mahiaddin mengajak Warisan bersama-sama beliau, kononnya untuk membentuk kerajaan yang stabil.
Tapi Shafie menolak dan menyarankan Mahiaddin supaya mengangkat sumpah kalau sudah ada bilangan yang cukup.
Pendedahan Shafie mendapat respon dari DAP.
Bukan teruja dengan jumlah sokongan yang Mahiaddin dakwa sudah ada, tapi lebih kepada memperlekehkan dakwaan Mahiaddin.
“Kamu fikir DAP akan sokong Muhyiddin ke?”, respon Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, apabila ditanya wartawan Malaysiakini.
“Kalau betul, dia dah patut dah angkat sumpah jadi PM kan?”.
“Jadi itu tentulah tidak betul,” tambah Anthony Loke lagi.
Apakah Mahiaddin kini sudah terjangkit dengan penyakit Anwar Ibrahim yang bergolek-golek hendak jadi Perdana Menteri.
Jelas, sama ada Warisan mahu pun Pakatan Harapan sudah tidak mempercayai apa sahaja yang Mahiaddin katakan.
Tapi pelik juga yer, parti Melayu Isley pula yang bermati-matian menyokong dan mendokong Mahiaddin.
Ada apa-apa kee…ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Salam 119 Tan Sri
Disyorkan Untuk Anda :
- Akibat Nazlan Gagal Menjelaskan Mengenai Duit RM1 Juta
- Khemah Besar Menyebabkan Team Anwar Tumbang Dalam Pemilihan Parti
- Cubaan Muhyiddin Tumbangkan Ismail Sabri Untuk Jadi PM Kali Kedua