Sri Lanka rayu petani tanam padi

Sri Lanka rayu petani tanam padi
Gambar hiasan – Foto NSTP

Sri Lanka rayu petani tanam padi

COLOMBO: Kerajaan Sri Lanka merayu kepada golongan petani supaya menanam lebih banyak padi dalam usahanya untuk menangani krisis bekalan makanan yang kian meruncing.

Menteri Pertanian, Mahinda Amaraweera, berkata pihaknya merayu kepada semua golongan petani untuk turun ke sawah dalam tempoh lima hingga sepuluh hari akan datang.

Tegas beliau, krisis bekalan makanan sudah semakin teruk di Sri Lanka sejak kebelakangan ini tetapi kini menjadi kritikal secara mendadak.

“Kita kini kehabisan rizab pertukaran asing dan tidak mampu membayar kos import barangan penting termasuk bahan api, makanan dan perubatan,” katanya.





DISYORKAN UNTUK ANDA
Harga racun naik 199 peratus
Mogok lori tangki burukkan krisis bahan api Sri Lanka
Bank Dunia janji tambahan AS$12 bilion atasi krisis makanan
Krisis ekonomi Sri Lanka berisiko bawa kebuluran
Tambah beliau, rundingan sedang diadakan dengan India bagi membawa masuk 65,000 tan baja dan permohonan sama dibuat kepada tujuh negara lain, tanpa memaklumkan bila bekalan itu akan sampai.

Pakar memberi amaran bahawa 50 peratus bekalan makanan akan berkurangan, yang boleh memburukkan lagi keadaan di pulau dengan 22 juta penduduk akibat krisis kewangan negara yang paling teruk sejak lebih tujuh dekad lalu.

Pensyarah pertanian di Universiti Peradeniya, Prof Buddhi Marambe, berkata beberapa kawasan akan kehilangan lebih 50 peratus hasil padi walaupun tindakan sudah diambil.

“Walaupun kita membawa baja hari ini, sudah terlambat untuk menuai padi yang baik,” katanya.

Perdana Menteri Sri Lanka yang baharu, Ranil Wickremesinghe, memberi amaran mengenai kekurangan makanan yang teruk menjelang Ogos dan menganggarkan AS$600 juta (RM2.6 bilion) akan diperlukan untuk mengimport bekalan baja.





Kebanyakan bekalan baja akan tiba lambat bagi kitaran penanaman seterusnya yang bermula awal Jun.

Pakar memberi amaran kuantiti baja tidak akan mencukupi bagi dua musim akan datang untuk memenuhi keperluan nutrien tanaman utama padi, teh dan jagung. – REUTERS

Bella diberi makan 20 cili padi seminggu

 





Sri Lanka rayu petani tanam padi


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akan Berjayakah Kluster Putrajaya Menghasut Ismail Sabri?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker