ALI PUTEH AKUI HANYA DAPAT SATU TAWARAN DENGAN BAYARAN RM300 DALAM TEMPOH DUA TAHUN

"DUA TAHUN LEBIH TAK ADA JOB"

ALI PUTEH AKUI HANYA DAPAT SATU TAWARAN DENGAN BAYARAN RM300 DALAM TEMPOH DUA TAHUN

ALI PUTEH AKUI HANYA DAPAT SATU TAWARAN DENGAN BAYARAN RM300 DALAM TEMPOH DUA TAHUN

“Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300,” demikian jelas pelawak dan pelakon, Ali Puteh, 33, yang mengakui dia hanya mendapat satu tawaran menjayakan program TV dengan bayaran sebanyak RM300 saja, dalam tempoh dua tahun sejak 2020.

Ali ketika ditemui media berkata, tawaran itu diterima pada Ramadan lalu untuk program mengaji Al-Quran di mana dia perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video.

Ujar Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, sepanjang tempoh itu, dia menggunakan wang simpanannya untuk bertahan meneruskan kehidupan bersama keluarganya.





“Dua tahun lebih tak ada ‘job’ (tawaran kerja). Untuk program Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega di Astro itu lain sebab komuniti pelawak kecil. Tapi, untuk tawaran lain seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang tak ada langsung.

ALI PUTEH AKUI HANYA DAPAT SATU TAWARAN DENGAN BAYARAN RM300 DALAM TEMPOH DUA TAHUN

“Dua tahun saya gunakan duit yang saya ada untuk bertahan dan kami berjimat cermat. Saya ada isteri dan anak yang perlu dibesarkan dan setakat ini, masih diberikan kelengkapan yang mencukupi bagi membesarkan mereka,” tuturnya.

Ali yang pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan turut mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan, baru-baru ini untuk dijadikan modal perniagaan dan membantu kehidupannya sekeluarga.

“Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya. Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu,” katanya.





Bagaimanapun, Ali bersyukur apabila dia mula menerima tawaran berlakon dan bakal muncul dalam sitkom ‘Lot 69’ yang akan ditayangkan di saluran Awesome TV bermula 11 Jun ini.

Raja Bomoh ancam saman RM300 juta





 

ALI PUTEH AKUI HANYA DAPAT SATU TAWARAN DENGAN BAYARAN RM300 DALAM TEMPOH DUA TAHUN


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker