DA’I SYED BERSYUKUR KES SELESAI, MAAFKAN SEMUA ORANG

"ADA YANG BERPENDAPAT INI TIDAK ADIL KERANA SAYA TIDAK DIHUKUM"

DA'I SYED BERSYUKUR KES SELESAI, MAAFKAN SEMUA ORANG

DA’I SYED BERSYUKUR KES SELESAI, MAAFKAN SEMUA ORANG

Pendakwah selebriti, Da’i Syed, 27, tampil memaafkan pihak yang mencaci dan memfitnahnya selama ini, selepas dirinya dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta semalam.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal berkata, selepas turun naik mahkamah, dia berasa lega dan bersyukur dengan keputusan mahkamah apabila kes itu akhirnya selesai. Kata Syed, dia akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

“Ada yang berpendapat ini tidak adil kerana saya tidak dihukum. Namun, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan mahkamah dan menerima dengan berlapang dada.





“Tindakan untuk memaafkan mereka yang mengecam selama ini adalah untuk memberikan ketenangan kepada saya. Tidak dinafikan pelbagai andaian dan tohmahan dilemparkan.

“Pengalaman direman selama beberapa hari tidak akan saya lupakan. Buat masa ini, tiada apa yang ingin saya luahkan kecuali bersyukur kerana keputusan berpihak kepada saya. Saya sangat menghargai kata-kata semangat dan sokongan serta tidak lupa buat pihak yang mendoakan kesejahteraan buat saya,” katanya.

Terdahulu, Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros untuk melepas dan membebaskan Syed daripada kedua-dua pertuduhan itu.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berusia 22 tahun.

PRN Johor: Tawaran Syed Saddiq Pada Anak Muda!!!





DA’I SYED BERSYUKUR KES SELESAI, MAAFKAN SEMUA ORANG


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin






Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker