Junta Myanmar guna serangan udara sebagai ‘hukuman kolektif’

Junta Myanmar guna serangan udara sebagai 'hukuman kolektif'
Orang ramai membantu mangsa letupan bom di Yangon, Myanmar yang mengorbankan seorang dan mencederakan sembilan yang lain. – Foto AFP

Junta Myanmar guna serangan udara sebagai ‘hukuman kolektif’

YANGON: Tentera Myanmar mungkin menggunakan serangan udara dan artileri sebagai ‘hukuman kolektif’ ke atas orang awam yang menentang rampasan kuasa.

Amnesty International hari ini, menuduh junta melakukan jenayah perang kerana melancarkan serangan membuta tuli tanpa membezakan sasaran mereka.

Pertempuran maut memusnahkan sebahagian besar negara itu sejak rampasan kuasa pada tahun lalu, yang menggulingkan kerajaan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi.

Junta gagal menghancurkan tentangan terhadap pemerintahannya, walaupun melancarkan serangan ganas terhadap orang awam.





Antara Disember lalu dan Mac, pihak tentera meningkatkan serangan ke atas wilayah Kayah dan Kayin di sepanjang sempadan Thailand, di mana tentera melakukan pembunuhan sewenang-wenangnya selain merompak dan membakar perkampungan.

Serangan udara dan bom terkena perumahan, kemudahan kesihatan, kuil dan gereja, malah penduduk kampung memberitahu penyelidik bahawa serangan berlanjutan selama beberapa hari.

Amnesty International serangan itu adalah ‘gelombang baharu jenayah perang dan ‘jenayah terhadap kemanusiaan’.


Disyorkan Untuk Anda :


Malah, semasa Amnesty International menyiapkan laporan ini, serangan udara mengorbankan sembilan orang awam dan mencederakan sembilan lain.

“Di dalam semua serangan yang direkodkan, semua mangsa adalah orang awam,” katanya.





Serangan pada Januari lalu pula kena kem pelarian bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di wilayah Kayah, yang mengorbankan seorang lelaki dan dua beradik perempuan berlindung di kawasan itu.

Aktivis berkata kawasan itu sepatutnya diketahui oleh tentera Myanmar.

Penyelidik turut merekodkan kejadian di mana askar menembak orang awam yang melarikan diri dari pertempuran, termasuk seorang saksi yang berkata tentera menembak mati enam orang yang cuba menyeberangi sungai ke Thailand.

Amnesty International berkata operasi ketenteraan ‘mencerminkan dasar khasnya melaksanakan ‘hukuman kolektif’ terhadap masyarakat awam dianggap menyokong kumpulan bersenjata atau selepas rampasan kuasa dan gerakan protes yang lebih luas. – AGENSI

ASEAN, AS ganda usaha kolektif penyelesaian damai di Myanmar





Junta Myanmar guna serangan udara sebagai ‘hukuman kolektif’


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker