Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin

Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin

Konvensyen Barisan Nasional sempena ulangtahun ke 48 Barisasn Nasional semalam sebulat suara  mendesak agar kerajaan mengadakan PRU 15 secepat mungkin.

Ianya dapat dilihat ketika ucapan Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid Hamidi.

Dalam ucapan beliau, DS Zahid bertanyakan beberapa soalan kepada peserta konvensyen tersebut.





Dalam soalan pertama, DS Zahid bertanya sama peserta bersetuju sekiranya PRU 15 diadakan pada tahun hadapan.

Soalan tersebut mendapat respon yang negatif dari keseluruhan peserta konvensyen yang berada di dalam dewan tersebut.

DS Zahid bertanyakan soalan kedua kepada peserta sama ada mereka bersetuju sekiranya PRU 15 diadakan pada tahun ini.

Ianya mendapat respon yang agak positif dari peserta konvensyen yang hadir.

Soalan terakhir yang ditanyakan DS Zahid kepada peserta ialah sama ada mereka bersetuju sekiranya PRU 15 diadakan secepat mungkin.





Keseluruhan peserta yang berada di dalam dewan bangun dan menjeritkan perkataan ‘setuju’.

Ismail Sabri Pernah Berjanji Untuk Tidak Menangguhkan PRU 15

Namun begitu, sebagai menghormati hak prerogatif Perdana Menteri, DS Zahid memaklumkan, ‘top five’ UMNO akan mengadakan perbincangan dengan Ismail Sabri mengenai perkara itu.

Ianya selaras dengan janji Ismail Sabri yang mengatakan akan membincangkan perkara itu bersama ‘top five’ UMNO.

Ismail Sabri juga pernah berjanji untuk tidak melewatkan PRU 15 apabila sampai masanya nanti.





Sebelum itu, Pengerusi Jemaah Penasihat Barisan Nasional, DS Najib, mengngatkan agar kerajaan tidak mengulangi kesilapan yang pernah beliau lakukan ketika menjadi Perdana Menteri.

DS Najib mendedahkan, beliau sepatutnya mengadakan PRU 14, sebaik sahaja tamat temasya Sukan SEA pada tahun 2017.

Namun atas beberapa faktor, beliau telah menangguhkan PRU 14 hingga ke hujung penggal.

Senada dengan DS Zahid, DS Najib juga bersetuju sekiranya PRU 15 diadakan dalam masa yang terdekat.

Ini adalah kerana keadaan semasa pihak lawan yang berada dalam keadaan yang tidak menentu.





Beliau bimbang sekiranya PRU 15 ditangguhkan ke tahun hadapan, ‘feel good factor’ yang Barisan Nasional miliki sekarang akan pudar.

Mengenai alasan negara sedang mengalami masalah inflasi, berdasarkan pendapat pakar ekonomi, DS Najib memaklumkan masalah inflasi tidak boleh diatasi dalam jangkamasa singkat.

Ianya memerlukan masa antara 2 hingga 3 tahun untuk mengatasinya.

Jelas di sini, inflasi bukanlah alasan untuk Ismail Sabri menangguhkan PRU 15 apabila keseluruhan jentera Barisan Nasional sudah bersedia sepenuhnya.

 





Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker