Mane sudah sedia ke Bayern

Mane sudah sedia ke Bayern
Bintang Liverpool, Sadio Mane memegang Piala Liga dalam sambutan bersama rakan sepasukan di Liverpool. – REUTERS

Mane sudah sedia ke Bayern

LONDON: Sadio Mane dilaporkan sudah bersetuju dengan perjanjian tiga tahun bersama juara Jerman, Bayern Munich.

Bintang Liverpool itu dikatakan sudah mengambil keputusan manamatkan kariernya di Anfield selepas enam tahun di kelab berkenaan.

Mane mahu ke Munich untuk projek seterusnya selepas berbincang dengan bos Bayern, Julian Nagelsmann menurut wartawan dari Liverpool, DaveOCKOP di Twitter.

Bagaimanapun kedua-dua kelab masih belum menyelesaikan yuran perpindahan buat pemain berusia 30 tahun itu.





Wakil dari Liverpool dan Bayern, yang masing-masing mengumpul enam gelaran juara Eropah sudah memulakan perbincangan rasmi semalam.

Ada juga minat ditunjukkan gergasi Eropah lain seperti Barcelona dan Paris Saint-Germain.

Daily Mail melaporkan Reds hanya akan menerima tawaran sekurang-kurangnya £35 juta (RM191.90 juta) buat Mane.

Pemain Senegal itu memainkan peranan besar dalam menukar Liverpool menjadi antara kelab terbaik dunia.

Dia juga menjaringkan 120 gol dalam 269 perlawanan buat kelab sambil menang enam trofi. – AGENSI





Salah, Mane bertembung di final

Mane sudah sedia ke Bayern


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker