Penunggang basikal maut dirempuh di laluan ‘New Zealand’

Penunggang basikal maut dirempuh di laluan 'New Zealand'
Penunggang basikal maut dalam nahas dengan sebuah kereta di Jalan Temiang- Pantai, Seremban, semalam. – Foto ihsan pembaca

Penunggang basikal maut dirempuh di laluan ‘New Zealand’

SEREMBAN: Seorang penunggang basikal maut dipercayai dirempuh sebuah kereta di Jalan Temiang-Pantai di sini, laluan yang tular dengan jolokan ‘New Zealand’ berikutan pemandangan hijau dan berbukit-bukau.

Mangsa, Khalid Mohd Isa, 72, dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta ketika sedang berbasikal di laluan berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Difahamkan, ia kemalangan maut pertama membabitkan individu sedang berekreasi di laluan yang menjadi tumpuan penggemar aktiviti berbasikal dan joging, selain mereka yang mahu merakam foto atau video pemandangan di laluan yang mula dibuka pada Ogos tahun lalu itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata mangsa berasal dari Kampung Baru Pantai berbasikal dari arah Pantai menuju Temiang apabila dipercayai dilanggar Perodua Axia dipandu seorang wanita berumur 26 tahun dari arah arah sama menghala Kajang.





“Wanita itu dikatakan hilang kawalan dan keretanya terbabas melanggar basikal ditunggang seorang lelaki berumur 72 tahun di kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Fazley berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan sebelum mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat, manakala wanita berkenaan tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya memohon saksi kejadian menghubungi Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 016-2895801 bagi membantu siasatan.

New Zealand tarik arahan vaksin selepas lepasi puncak Omicron





Penunggang basikal maut dirempuh di laluan ‘New Zealand’


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker