PH Akan Sokong Bajet 2023 Untuk Tumbangkan BN Dalam PRU 15

PH Akan Sokong Bajet 2023 Untuk Tumbangkan BN Dalam PRU 15

PH Akan Sokong Bajet 2023 Untuk Tumbangkan BN Dalam PRU 15

Sumber dalaman Ismail Sabri memaklumkan Edisi Siasat, Ismail Sabri hanya akan bubarkan parlimen selepas Bajet 2023.

Perancangan dan harapannya mudah, bajet populis akan dibentangkan dengan harapan akan mendapat sokongan dari rakyat.

Dan untuk meluluskan bajet populis tersebut dijangkakan tidak akan ada halangan yang besar.





Pakatan Harapan (PH) dijangka akan berikan sokongan bajet populis tersebut.

Sokongan PH adalah jelas dengan desakan mereka supaya Ismail Sabri melanjutkan tempoh MoU hingga ke akhir penggal.

Tetapi apa sebenarnya strategi PH?

PH tahu, populariti UMNO/BN kini sedang menurun ekoran kemarahan rakyat atas kenaikan harga barang keperluan.

Sama ada PPBM yang ghairah untuk bersekutu dengan PH dalam khemah besar memainkan peranan menyemarakkan kemarahan rakyat ke atas UMNO/BN atau tidak, Edisi Siasat tidak pasti.





Namun kemungkinannya ada.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Alaxender Nata Linggi adalah dari PPBM.

Menteri Pertanian & Industri Makanan, Roland Kiandee juga dari PPBM.

Dan jangan lupa, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Mahiaddin Md Yasin, adalah Presiden PPBM.

Setakat ini, apa yang mereka bertiga sudah lakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang keperluan asas?





Mengapa Ismail Sabri sendiri terpaksa memanggil mesyuarat khas kabinet untuk mengatasi masalah tersebut?

Apakah mereka sengaja membiarkan rakyat menderita dan terbakar dalam kemarahan semata-mata untuk memburukkan imej BN/UMNO?

PH Dan PN Berkerjasama Untuk Kalahkan BN Dalam PRU 15

Di satu sudut yang lain, peranan PH adalah untuk terus menyemarakkan kemarahan rakyat dan berusaha supaya kemarahan ini berlarutan.

Semakin lama kemarahan rakyat, ianya akan bertukar menjadi dendam yang akan diterjemahkan dalam peti undi di PRU 15 nanti.

PH akan menyokong Bajet 2023 dengan alasan supaya penderitaan rakyat akan dapat ditamatkan.





PH tahu, bajet populis yang akan dibentangkan, tidak mungkin boleh dipenuhi oleh Ismail Sabri.

Maka slogan PH sebagai Pakatan Hancing akan dapat dineutralkan kerana Kerajaan Keluarga Malaysia juga melakukan perkara yang sama.

Bezanya ketika itu, kemarahan rakyat ke atas PH akan beralih kepada UMNO/BN.

Apakah Ismail Sabri akan terperangkap dengan permainan PH dan PN?

Apakah Ismail Sabri akan memberi keutamaan kepada kedudukan beliau dengan meletakkan UMNO/BN dalam risiko kekalahan dalam PRU 15?





Sama-sama kita tunggu.

 

PH Akan Sokong Bajet 2023 Untuk Tumbangkan BN Dalam PRU 15

 

Lawati Laman :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker