Ruud sedar tekanan akan dirasai Cilic

Ruud sedar tekanan akan dirasai Cilic
PARIS: Pilihan kelapan dari Norway, Casper Ruud akan merasa kurang tekanan pada separuh akhir Terbuka Perancis berdepan pemenang Grand Slam, Marin Cilic esok selepas kemenangan separuh akhir mengatasi pemain remaja Denmark, Holger Rune hari ini.
Ruud menjadi pemain tenis pertama negaranya mara ke kelompok empat terakhir mana-mana Grand Slam apabila dia menewaskan Rune 6-1 4-6 7-6(2) 6-3 yang menamatkan kemenangan sensasi pemain berusia 19 tahun itu dalam penampilan pertama di Terbuka Perancis.
Rune menyingkirkan pilihan keempat dan finalis tahun lalu, Stefanos Tsitsipas pada pusingan sebelumnya dan dijangka akan bersama Carlos Alcaraz sebagai bintang masa depan namun Ruud menjadi pilihan utama.
Cilic, 33, pemenang Terbuka Amerika Syarikat pada 2014, ada lebih pengalaman berbanding pemain berusia 23 tahun Norway itu di pentas tertinggi selepas mara ke final Wimbledon pada 2017 dan Terbuka Australia 2018.
Kemaraan Cilic ke kelompok empat terakhir agak mengejutkan selepas pemain itu menewaskan pilihan ketujuh dari Russia, Andrey Rublev 5-7 6-3 6-4 3-6 7-6 (10-2) dalam super tiebreak.
“Ia akan menjadi pertarungan mencabar,” kata Ruud. “Dia tampak sedang bermain tenis terbaik sepanjang hayatnya pada ketika ini di Roland Garros.”
“Dia sudah mara ke separuh akhir dan bermain sangat baik hingga ke separuh akhir.”
Rudd berkata ketika harapan tinggi diletakkan selepas kejayaan sulung mara ke kelompok empat terakhir di Grand Slam, harapannya tidak terlalu tinggi berbanding menentang Rune. – REUTERS
Djokovic bermula langkah kanan aksi Final ATP
Ruud sedar tekanan akan dirasai Cilic
Disyorkan Untuk Anda :
- Akan Berjayakah Kluster Putrajaya Menghasut Ismail Sabri?
- Jangan Ulangi Kesilapan Menangguhkan PRU 14
- PH Akan Sokong Bajet 2023 Untuk Tumbangkan BN Dalam PRU 15
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin