Sri Lanka mohon pinjaman IMF AS$3 bilion

Sri Lanka mohon pinjaman IMF AS$3 bilion
Sri Lanka dijangka meminjam AS$3 bilion daripada IMF menerusi EFF milik tabung itu. – Foto REUTERS

Sri Lanka mohon pinjaman IMF AS$3 bilion

COLOMBO: Sri Lanka dijangka meminjam AS$3 bilion daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menerusi kemudahan dana lanjutan (EFF) milik tabung itu.

Sumber berkata, perbincangan berkenaan sedang berjalan dengan IMF berhubung perkara terbabit.

Kerajaan Sri Lanka dijangka mengadakan rundingan teknikal dengan IMF dalam tempoh terdekat dan berharap dapat mencapai kata putus menjelang hujung bulan ini.

Jurucakap IMF bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.





Malah, jurucakap Kementerian Kewangan serta bank pusat juga enggan berbuat demikian.

Sri Lanka sebelum ini dilaporkan membuat permohonan berkenaan bagi menangani krisis ekonomi terburuk dihadapi negara itu sejak mencapai kemerdekaan pada 1948.

Susulan krisis berkenaan, Sri Lanka gagal melunaskan hutang luar negaranya awal tahun ini, selain bergelut membayar import barangan asas seperti bahan api dan ubat-ubatan.

Berdasarkan laman sesawang IMF, EFF adalah pelan bantuan ke-17 yang memerlukan negara pemohon melakukan perubahan struktur ekonominya bagi menyelesaikan kelemahan dihadapi.

Program terbabit berlangsung selama tiga tahun dengan tempoh penangguhan selama empat setengah tahun sebelum bayaran balik pinjaman dibuat sebaik saja pelan berkenaan diluluskan.





Sekiranya diluluskan, jumlah pinjaman sebanyak AS$3 bilion itu merangkumi hampir empat kali kuota negara berkenaan dengan IMF.

IMF pada minggu lalu dilaporkan sedang berunding dengan Sri Lanka berhubung pakej komprehensif, namun tidak menjelaskan program khusus yang dirundingkan.

Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe, yang dilantik bulan lalu merancang membentangkan bajet interim dalam tempoh terdekat.

Malah, kerajaannya pada Selasa lalu mengumumkan langkah rombakan percukaian bagi meningkatkan hasil pendapatan dengan menaikkan cukai korporat serta kadar cukai tambahan (VAT) kepada 12 peratus, berbanding lapan sebelum ini, berkuat kuasa serta-merta. – REUTERS

Russia minta bantuan Brazil berhubung sekatan IMF, Bank Dunia, G20





Sri Lanka mohon pinjaman IMF AS$3 bilion


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker