Tak mengaku salah lakukan amang seksual terhadap budak sekolah

Tak mengaku salah lakukan amang seksual terhadap budak sekolah
Ab Rashid (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap budak lelaki di surau sekolah agama di Tanah Merah, Mei lalu. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Tak mengaku salah lakukan amang seksual terhadap budak sekolah

PASIR MAS: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap budak lelaki berusia 11 tahun di surau sekolah agama di Tanah Merah, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Ab Rashid Abdullah, 39, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap budak lelaki berusia 11 tahun di sebuah surau sekolah agama antara jam 11 malam hingga jam 2 pagi pada 19 hingga 20 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.





Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGK), Rifzan Rusli.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan.

Bapa mengaku salah amang seksual anak sendiri

Tak mengaku salah lakukan amang seksual terhadap budak sekolah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker