Tamak atau serba boleh?

Tamak atau serba boleh?
Shiha masih mengingati kata-kata dilafazkan pelakon senior yang masih membekas di hati dan terngiang-ngiang di telinga menyindir golongan penyanyi bergelar pelakon. – Foto IG Shiha Zikir

Tamak atau serba boleh?

KUALA LUMPUR: Masih segar dalam ingatan bintang kecil molek, Shiha Zikir, 35, sindiran tajam dilemparkan seorang pelakon senior disebabkan minatnya semakin berputik dalam dunia lakonan.

Meskipun insiden itu sudah lama berlaku, namun, pelakon drama Madam E-Wallet dan Perisik Cinta Tak Diundang itu masih mengingati kata-kata dilafazkan pelakon berkenaan yang masih membekas dalam hati dan terngiang-ngiang di telinganya hingga hari ini.

“Ketika kejadian, saya baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan itu juga kali pertama bertemu dengan pelakon senior ini.





“Terkejut juga apabila pelakon senior ini menyindir, penyanyi yang nak jadi pelakon, berlakonlah betul-betul. Jangan nak merosakkan industri seni.

“Bagi saya, insiden ini amat memalukan kerana ia berlaku di hadapan ramai orang,” katanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut insiden itu, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir bagaimanapun mengambil pendekatan bersabar kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan walaupun sindiran tajam pelakon senior itu amat memalukannya.

“Jika Shiha 10 tahun lalu, mungkin saya sudah lawan balik. Ini kerana saya memang seorang mudah baran.

“Namun, saya lebih kepada bertenang dan cuba meletakkan diri saya di tempatnya untuk menyelami perasaannya, ketika itu,” ungkap penyanyi yang popular menerusi lagu AEWO ini.

Nyata sikap positif penyanyi jolokan Rossa Malaysia itu berjaya merubah persepsi skeptikal aktres terbabit terhadapnya.





“Mungkin disebabkan saya boleh menerima tegurannya lama-kelamaan hubungan saya dan pelakon senior berkenaan jadi baik di lokasi penggambaran.

“Ramai pelik melihat situasi ini, tetapi saya buat tak tahu sahaja,” ujarnya yang baru muncul dengan drama rantaian terbaharu berjudul Ada Apa Dengan Saka.

Tamak atau serba boleh?
Dituduh tamak haloba, Shiha enggan ambil pusing kecaman yang boleh menjentik emosi. – Foto IG Shiha Zikir

Drama bergenre romantik komedi arahan Nazir Jamaluddin itu menyaksikan Shiha bergandingan dengan Syazwan Zulkifly menerusi slot Diandra di TV9 sejak 19 Mei lalu.

Selain Shiha dan Syazwan, drama Ada Apa Dengan Saka turut dibintangi Wanns Ahmad, Myra Natasya, Dynas Mokhtar, Watie Elite dan Azri Iskandar.

Memulakan kerjaya seninya lebih sedekad lalu, Shiha yang kini dikenali sebagai artis serba boleh kerana bukan sahaja boleh menyanyi dan berlakon, malah kelibatnya juga sering menghiasi kaca televisyen sebagai pengacara dan terkini, penyampai radio.





Selepas segala-gala diimpikan menjadi kenyataan, namun, ada pula suara nakal yang mempersoalkan keputusannya menceburi pelbagai bidang seni dengan menuduhnya seorang yang tamak.

Mengulas perkara itu, Shiha berkata, dia enggan melayan kata-kata negatif yang sengaja mahu memancing emosinya.

“Orang boleh kata apa sahaja. Saya tidak mahu ambil peduli kata-kata negatif seperti ini.

“Biasalah, mulut tempayan boleh ditutup, tidak mulut manusia.

“Saya hanya buat perkara yang masih dalam skop seni dan yakin mampu melakukannya. Saya bukannya menceburi cabang seni yang lari daripada apa dilakukan selama ini.





“Saya bukanlah jenis tamak haloba. Kalau rasa tidak mampu ataupun tak bersesuaian, saya takkan buat. Saya bukan nak kaut semua,” tegas pemenang tempat ketiga pertandingan D’Academy Asia pada 2015 di Jakarta, Indonesia.

Shiha meraih kejayaan apabila diangkat sebagai pemenang trofi Pop Asia Terbaik, InterContinental Music Awards (ICMA) di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun lalu.

Baru-baru ini, penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu mencipta sejarah apabila mendominasi Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME 2021) dengan membawa pulang lima trofi termasuk anugerah Top Top MeleTOP Wanita.

Pada malam berprestij itu, Shiha turut membawa pulang empat trofi termasuk Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan dua anugerah dimenangi bersama penyanyi rap, Noki iaitu Duo MeleTOP serta Lagu MeleTOP Era.

SHIHA BERSYUKUR KEKASIH MEMAHAMI





 

Tamak atau serba boleh?


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker