YONNYBOII CUBA POSITIF WALAUPUN TERGURIS ISTERI DIKECAM

"HATI DAH SEJUK & SAYA JUGA MOHON MAAF DI ATAS SEMUANYA"

YONNYBOII CUBA POSITIF WALAUPUN TERGURIS ISTERI DIKECAM

YONNYBOII CUBA POSITIF WALAUPUN TERGURIS ISTERI DIKECAM

Penyanyi rap, Yonnyboii sebelum ini menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram telah menyelar tindakan segelintir netizen yang melemparkan kecaman terhadap isterinya, Nik Nazira yang kini tidak bertudung.

Baginya, ia hinaan yang keterlaluan sehingga mengguris perasaan. Justeru, Yonnyboii akhirnya nekad tampil demi mempertahankan maruah isteri serta tidak boleh terus berdiam diri dengan kata-kata kurang enak dilemparkan itu.

Terkini, Yonnyboii tampil memohon maaf selepas hatinya sekarang sudah sejuk dan cuba bersikap positif walaupun sedih dan terguris isterinya dikecam teruk.





Jelas Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Nuriman Nor Azin, 24, ketika ditemui media, apa yang menyebabkan dia begitu terguris apabila ada segelintir netizen melabelkan isterinya sebagai wanita tidak bermoral.

“Itu yang buatkan saya bengang sangat dan muat naik status berkenaan di Instagram. Tapi, sekarang ini hati saya dah sejuk dan saya juga mohon maaf di atas semuanya.

“Saya dan isteri, manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Cuma, janganlah mengecam teruk sangat sebab kami pun ada hati dan perasaan,” ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Yonnyboii yang popular dengan lagu ‘Salahku’, ‘Sakit’ dan ‘Tak Sangka’ itu berkata, dia juga sedar apa yang dilalui isterinya yang harus berdepan pelbagai kecaman negatif itu berikutan kariernya sebagai selebriti.





“Kalau saya bukan artis, pasti isteri tidak dikecam teruk kerana tidak lagi bertudung. Jadi, inilah cabaran kerjaya saya yang perlu kami fahami bersama-sama dan cuba menghadapinya dengan baik.

“Sekarang saya banyak memberi semangat kepada isteri untuk dia lebih kuat mengharungi cabaran kehidupan ini. Apapun, kami hanya manusia biasa dan saya mohon maaf,” kata yang mendirikan rumah tangga dengan Nik Nazira pada 20 November tahun lalu.

ISTERI YONNYBOII DIKECAM TERUK TAMPIL ‘FREEHAIR’ DI AJL36





YONNYBOII CUBA POSITIF WALAUPUN TERGURIS ISTERI DIKECAM


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin






Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker