Annuar Musa : PRU tidak diadakan terlalu lewat bagi mengelakkan pihak yang bersaing dengan Barisan Nasional (BN) mendapat kelebihan

Annuar Musa : PRU tidak diadakan terlalu lewat bagi mengelakkan pihak yang bersaing dengan Barisan Nasional (BN) mendapat kelebihan
Annuar ketika ditemui media selepas majlis makan malam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) di Kota Kinabalu, malam tadi. – Foto Yun Mikail

Annuar Musa : PRU tidak diadakan terlalu lewat bagi mengelakkan pihak yang bersaing dengan Barisan Nasional (BN) mendapat kelebihan

KOTA KINABALU: Tiada tarikh tamat tertentu berkaitan perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik mengenai sokongan pembangkang ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu dijelaskan oleh Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU berkenaan, Tan Sri Annuar Musa.

“MoU tidak tamat. Banyak pihak yang salah faham mengenai MoU terbabit yang kononnya akan tamat pada penghujung Julai ini.

“Perkara yang mempunyai tarikh itu adalah pilihan raya dipersetujui tidak akan diadakan sebelum akhir Julai ini, manakala MoU di antara ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri tidak mempunyai tarikh tamat.





“Ia adalah suatu MoU memberi sokongan ke atas Perdana Menteri sehinggalah Parlimen dibubarkan. Fakta itu harus difahami.

“Apabila Parlimen dibubarkan, terpulang kepada Perdana Menteri serta pimpinan politik untuk menentukan pilihan raya umum (PRU),” katanya ketika ditemui media selepas majlis makan malam sempena Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK), di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yaakub Khan.

Sementara itu, Annuar juga bersetuju supaya PRU tidak diadakan terlalu lewat bagi mengelakkan pihak yang bersaing dengan Barisan Nasional (BN) mendapat kelebihan

“Bagaimanapun, pada masa sama PRU juga tidak boleh dibuat terlalu awal jika kita masih belum dalam keadaan siap siaga.





“Perkara ini membuat saya sependapat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri yang bersetuju PRU perlu disegerakan tetapi tidak perlu dilewatkan sebaik sahaja kita bersedia,” katanya.

Indonesia perlu lebih enam bulan sahkan pandemik COVID-19 tamat

Annuar Musa : PRU tidak diadakan terlalu lewat bagi mengelakkan pihak yang bersaing dengan Barisan Nasional (BN) mendapat kelebihan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker