ASHIRA GV7 GAGAL LONJAK NAMANYA

KEMBALI NYANYI DI PUB KERANA SUSAH CARI KERJA LAIN

ASHIRA GV7 GAGAL LONJAK NAMANYA

ASHIRA GV7 GAGAL LONJAK NAMANYA

“Sebenarnya saya sudah lama tidak berhajat untuk kembali aktif dalam industri seni. Ketika menerima tawaran GV7 pun hati saya berbelah bahagi. Namun ketika itu hanya mencuba nasib untuk kembali. Tidaklah terlalu mengharap nama akan kembali ‘meletop’ seperti dahulu.

“Cuma ada sedikit rasa kecewa apabila percubaan untuk melakukan perkara yang saya minat tidak menjadi,” kata penyanyi Ashira yang kecewa apabila program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang berakhir dua tahun tidak mampu melonjakkan namanya dalam industri seni tanah air.

Akui pada awalnya dia enggan menyertai pertandingan tersebut, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, bagaimanapun tetap mencuba nasib dengan harapan ia kembali dikenali setelah sekian lama menyepi.





Penyanyi lagu ‘Di Ombak Resah’ ini juga memberitahu dia tidak banyak menerima tawaran menyanyi selepas menyertai program tersebut seperti mana yang diharapkan. Dalam kekecewaan tersebut Ashira terpaksa akur rezeki tidak berpihak kepadanya untuk mengekalkan momentum populariti dalam bidang nyanyian.

ASHIRA GV7 GAGAL LONJAK NAMANYA

“Jika ada tawaran menyanyi pun hanya sekadar bertanya. Saya memang tidak menerima banyak undangan dalam mana-mana majlis. Saya faham ramai lagi artis dalam industri seni dan ini bukan rezeki saya. Perkara yang sama terjadi lagi kepada saya. Rezeki sebagai penyanyi bagaikan tak ‘lekat’. Dari dahulu lagi saya sudah biasa begini,” ujarnya.

Tidak mahu meletakkan harapan tinggi, Ashira dalam masa sama enggan terus meninggalkan minatnya terhadap bidang nyanyian. Justeru itu, dia merebut segala peluang dan menerima tawaran kerja menyanyi di sebuah restoran pub seperti mana yang dia lakukan sebelum ini.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini memang susah hendak cari kerja. Jadi apabila ada peluang menyanyi di restoran seperti sekarang ini saya terima sahaja.





“Sebelum ini pun saya menyanyi di kelab. Ini sudah menjadi kerjaya dan saya tidak akan tinggalkan bidang nyanyian kerana minat yang mendalam,” jelasnya.

ASHIRA AZIZ : SAYA TIDAK PERNAH BERITAHU SUDAH PAKAI TUDUNG SEPENUHNYA

ASHIRA GV7 GAGAL LONJAK NAMANYA

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker