ELYANA KECEWA DITUDUH MENIPU SAKIT KANSER

"KITA YANG ULANG-ALIK HOSPITAL... MEREKA TAK TAHU STRUGGLE SAYA..."

ELYANA KECEWA DITUDUH MENIPU SAKIT KANSER

ELYANA KECEWA DITUDUH MENIPU SAKIT KANSER

: “Saya memang rasa kecewa sebab saya sudah sakit lebih 10 tahun. Kita ulang-alik ke hospital, anak kita sanggup tak sekolah sebab tak ada siapa yang dapat hantar.Saya anggap orang seperti ini, dia tidak membantu semasa saya sakit. Jadi, mereka ini memang tak tahu struggle saya macam mana.

“Bagi saya, saya tak akan menipu mengenai sakit. Tak mungkin, sebab setiap kata itu adalah doa,” demikianlah ujar penyanyi Elyana yang mendedahkan bahawa ada segelintir pihak dan rakan-rakan karibnya telah menyebarkan dakwaan bahawa dia menipu mengenai kanser limfoma yang dialaminya.

Sebelum ini, kita dikhabarkan dengan satu berita gembira daripada Elyana yang memaklumkan bahawa dia telah disahkan bebas kanser setelah 11 tahun menderita penyakit itu.





Penyanyi lagu ‘Kalis Rindu’ itu bagaimanapun tidak mengambil pusing dan menganggap mereka itu tidak memahami ‘penderitaan’ yang dialaminya sebelum ini.

Namun, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal berkata, dia telah pun memaafkan semua pihak yang pernah melontarkan fitnah terhadap dirinya.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan buat orang di luar agar sentiasa menjaga pertuturan dan berfikir dahulu sebelum melontarkan sebarang kata-kata terhadap seseorang.





11 TAHUN DERITA – ELYANA KINI BEBAS KANSER & PULIH

 





ELYANA KECEWA DITUDUH MENIPU SAKIT KANSER

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet





 

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker