Enam banduan lolos Penjara Jelebu dihukum penjara 12 bulan

Enam banduan lolos Penjara Jelebu dihukum penjara 12 bulan
– Foto hiasan

Enam banduan lolos Penjara Jelebu dihukum penjara 12 bulan

JELEBU: Enam banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu pada 10 April lalu dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Jelebu, hari ini.

Tertuduh, Sohaimi Khalid, 50; Mazlan Samah, 39; Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28; Shazuan Md Sharif, 32; Mohd Zairizan Zainal, 42 dan seorang warga asing, Zainuddin, 62, masing-masing mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan terhadap semua tertuduh dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Mengikut kertas pertuduhan kesemua tertuduh secara bersama dengan sengaja mengambil peluang melarikan diri daripada tahanan yang sah mengikut undang-undang.





Kesemua tertuduh melarikan diri dari Institut Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Jelebu, pada jam 2 petang, 10 April.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala dua tertuduh iaitu Mohamad Aminuddin Khan dan Zainuddin diwakili peguam.

Media sebelum itu melaporkan tujuh banduan yang menjalani reman melarikan diri dari dari Penjara Jelebu sebelum enam daripadanya berjaya ditangkap.

Banduan terakhir dikenali Muhammad Syafiq Rohmat, 32, bagaimanapun berjaya ditangkap di sebuah bengkel kereta dan motosikal di Bukit Rotan, Kuala Selangor, pada 26 Mei lalu.

Polis tahan banduan terakhir lolos Penjara Jelebu





Enam banduan lolos Penjara Jelebu dihukum penjara 12 bulan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker