Kalau Mahiaddin Ada Maruah, Sila Tekan Butang

Kalau Mahiaddin Ada Maruah, Sila Tekan Butang

Kalau Mahiaddin Ada Maruah, Sila Tekan Butang

Edisi Siasat mendapat lapuran kem PPBM terutamanya Mahiaddin dikatakan sangat marah kepada Ismail Sabri.

Kemarahan kem PPBM dan Mahiaddin kepada Ismail Sabri adalah ekoran dari keputusan Ismail Sabri mengekalkan Zuraida sebagai menteri walau pun Zuraida sudah meninggalkan PPBM.

Apa yang Mahiaddin dan PPBM mahu ialah Ismail Sabri menggugurkan Zuraida dan menggantikannya dengan Ahli Parlimen dari PPBM.





Mereka mendakwa jawatan itu adalah kuota kepunyaan PPBM, maka hanya Ahli Parlimen PPBM yang layak mengisinya.

Edisi Siasat tidak pasti pula, sejak bila ada kuota yang diagih-agihkan kepada parti politik untuk mengisi jawatan kabinet.

Yang pastinya, menurut perlembagaan, kuasa untuk memilih anggota kabinet adalah hak pregoratif Perdana Menteri.

Dan kuasa melantik adalah kuasa YDP Agong selepas mendapat cadangan dari Perdana Menteri.

Tidak ada dalam perlembagaan, bilangan anggota kabinet mesti diagih-agihkan dikalangan parti politik di blok kerajaan.





Walau bagaimanapun, kita faham asas tuntutan PPBM adalah kerana mereka merasakan jatuh bangun kerajaan berada di tangan mereka.

Sekiranya mereka menarik sokongan, maka Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Ismail Sabri akan tumbang.

Beranikah Mahiaddin Tekan Butang?

Kita akui perkara tersebut tetapi persoalannya, apakah Mahiaddin atau PPBM berani menarik sokongan dari kerajaan?

Bukankah ketika di PRN Melaka, Mahiaddin pernah mengugut untuk menekan butang tetapi selepas itu pelbagai alasan diberikan?

Kini sekali lagi Mahiaddin berpeluang untuk menekan butang dengan alasan yang kukuh.





Yang menjadi persoalan ialah sama ada beliau berani atau tidak untuk menekan butang?

Sama ada beliau berani atau tidak untuk menghadapi pilihanraya umum?

Memang ada khabar angin yang mengatakan Mahiaddin mendakwa sudah mempunyai nombor yang cukup untuk menjatuhkan Ismail Sabri.

Tetapi apakah Mahiaddin yakin YDP Agong akan sekali lagi menggunakan SD untuk melantik Perdana Menteri selepas cara yang sama sudah dua kali gagal menstabilkan politik?

Cara yang terbaik dan bermaruah adalah Mahiaddin menekan butang dan sama-sama masuk ke gelanggang seperti anak jantan.





Tapi itu pun kalau Mahiaddin dan PPBM benar-benar ada maruah dan anak jantan.

Bukannya main acah-acah dan mengugut tetapi selepas itu mencari alasan!!!

 

Kalau Mahiaddin Ada Maruah, Sila Tekan Butang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Lawati Laman:





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker