Lima remaja lelaki Geng Sedar tumpas

Lima remaja lelaki Geng Sedar tumpas
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah (tengah) bersama anggotanya menunjukkan enam motosikal dan sebahagiannya ditemui tiga rangka motosikal yang dibuang dalam tali air di kampung sedar dipercayai untuk tujuan pelupusan bukti berikutan penahanan lima remaja lelaki yang digelar Geng Sedar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat. STR/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Lima remaja lelaki Geng Sedar tumpas

TUMPAT: Kes kecurian motosikal di sekitar daerah ini yang aktif sejak tiga bulan lalu berakhir dengan penahanan lima remaja lelaki yang digelar Geng Sedar.

Remaja berusia 17 dan 18 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di tiga rumah di Kampung Sedar di sini, malam tadi dan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, berkata pada malam Selasa lalu pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan motosikal Honda EX5 di Kampung Paloh, Palekbang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, menahan seorang ahli kumpulan itu yang berusia 18 tahun di Kampung Sedar, pada jam 11 malam tadi bersama sebuah motosikal dalam keadaan sudah dileraikan.





“Susulan itu, empat lagi remaja lelaki ditahan juga di kampung sama dan kesemua mereka dikenali sebagai Geng Sedar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Amran berkata, penahanan itu membawa kepada lokasi penyimpanan tiga motosikal curi yang disembunyikan dalam rumah berasingan bersama komponen kenderaan itu.


Disyorkan Untuk Anda :


Turut ditemui, tiga rangka motosikal yang dibuang dalam tali air di kampung sama dipercayai untuk tujuan pelupusan bukti dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM30,000.

“Hasil siasatan mendapati semua barang kes yang dirampas mempunyai kaitan dengan kes kehilangan motosikal sebelum ini dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan pemilik serta rangkaian sindiket yang terbabit.

“Daripada soal siasat, komponen yang dileraikan itu adalah untuk kegunaan sendiri, selain dijual kepada pembeli lain pada harga yang lebih murah berbanding pasaran semasa.





“Ujian saringan air kencing mendapati semua remaja itu negatif dadah. Mereka ditahan reman empat hari bermula hari ini sehingga 5 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Amran berkata, tahun ini, sebanyak 23 kes dilaporkan berkaitan kecurian motosikal dan ia berlaku hampir setiap minggu.

12 warga Indonesia diburu kes kecurian diesel RM4.86 juta

Lima remaja lelaki Geng Sedar tumpas

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker