Menteri Luar China lawat PNG walau dibantah

Menteri Luar China lawat PNG walau dibantah
Menteri Luar China, Wang Yi, semasa lawatannya ke ibu kota Vanuatu, Port Vila, pada 1 Jun. Beliau tiba di Papua New Guinea hari ini sebagai sebahagian daripada lawatannya ke lapan negara pulau Pasifik. – Foto AFP

Menteri Luar China lawat PNG walau dibantah

SYDNEY: Menteri Luar China, Wang Yi tiba di Papua New Guinea (PNG) hari ini walaupun mendapat bantahan pemimpin negara itu.

Ketegangan kini memuncak di PNG susulan pilihan raya kebangsaan dan pegawai memberitahu media cadangan Beijing untuk pakatan keselamatan serantau menimbulkan kemarahan.

Lawatan Yi juga dikritik bekas Perdana Menteri PNG, Peter O’Neill, yang berkempen bagi jawatan tertinggi, dalam satu siri wawancara media di mana beliau berkata, tiada perjanjian harus ditandatangani dengan China sebelum pilihan raya.

Akhbar Post Courier hari ini memetik O’Neill sebagai berkata, ‘tidak wajar’ untuk China menderma peralatan keselamatan atau menawarkan sokongan keselamatan bagi pilihan raya, selepas penyiar Australia ABC melaporkan Beijing menawarkan 2,000 kit perisai badan kepada polis semasa lawatan Yi.





Yi sedang melawat lapan negara kepulauan Pasifik di mana beliau menandatangani beberapa siri perjanjian perdagangan dua hala, perikanan, infrastruktur dan bekalan peralatan polis.

Isnin lalu, mesyuarat maya dihoskan Yi di Fiji dengan rakan sejawat dari 10 negara pulau, menangguhkan pertimbangan perjanjian serantau menyeluruh merangkumi kepolisan, keselamatan, perikanan, data dan zon perdagangan bebas, dicadangkan China.


Disyorkan Untuk Anda :


Amerika Syarikat dan sekutunya menyatakan kebimbangan mengenai cita-cita Beijing bagi hubungan keselamatan dengan negara kepulauan Pasifik yang mengawal kawasan lautan luas yang kaya dengan sumber dan akses ke wilayah mempunyai kepentingan ketenteraan strategik.

Beberapa negara Pasifik berkata, mereka menentang perjanjian itu atau memerlukan lebih banyak masa untuk mempertimbangkan implikasi serantaunya.

Setiausaha Hal Ehwal Luar PNG, Elias Wohengu seperti dipetik akhbar Post Courier berkata, terdapat kemarahan terhadap Perjanjian Pasifik mengenai isu keselamatan. Dia menunjukkan Papua New Guinea seolah-olah tidak mungkin menandatangani perjanjian keselamatan, selain menjelaskan akan menangani sendiri status keselamatan PNG.





PNG mempunyai hubungan pertahanan dengan jirannya Australia, yang bersetuju untuk menaik taraf pangkalan tentera laut di sana, selain sudah melonjakkan jualan ke China bagi projek gas asli cecair (LNG).

Yi akan bertemu dengan rakan sejawatannya Soroi Eoe esok, dan mengadakan kunjungan hormat ringkas ke atas Perdana Menteri James Marape, selain dijangka menandatangani perjanjian pelaburan dan tenaga, lapor Post Courier.

Menteri Luar Australia, Penny Wong tiba di Samoa, hari ini, dan akan melawat Tonga esok, beberapa hari selepas Yi melawat kedua-dua negara. – REUTERS

Jokowi berusaha raih sokongan di Papua





Menteri Luar China lawat PNG walau dibantah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker