Pelajar ditemukan lemas

Pelajar ditemukan lemas
Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat pelajar tingkatan dua SMK Manir, Muhammad Izha Amzar Mohamad yang ditemukan lemas ketika bermain air bersama tujuh rakan di Sungai Terengganu dekat Kampung Teluk Pasu. STR/ZAID SALIM

Pelajar ditemukan lemas

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas kira-kira sembilan meter dari tebing Sungai Terengganu, dekat Kampung Teluk Pasu, jam 7.15 malam ini.

Mangsa, Muhammad Izhar Amzar Anuar, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manir, di sini, ditemukan sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu di dasar sungai berkenaan dengan kedalaman air sedalam lima meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Muhammad Basri Kamarazaman, berkata terdahulu, mangsa bersama lapan rakan dikatakan ke sungai berkenaan untuk mandi.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan jam 5.54 petang, seramai 10 anggota termasuk enam pasukan PPDA dari BBP Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian.





Difahamkan, mangsa dari Kampung Kubang Jela, Manir dikatakan ke sungai berkenaan bersama tujuh rakan sekolah berusia 13 dan 14 tahun.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa bersama beberapa rakan dikatakan bermain air sambil berpaut pada bekas mandi jenazah yang berada di lokasi kejadian.

Ketika bermain, mangsa yang tidak pandai berenang dikatakan terlepas daripada pautan menyebabkan mangsa terkapai-kapai sebelum rakan yang menyedari kejadian itu cuba memberi bantuan.

Difahamkan, dua rakan mangsa yang juga pasangan kembar, Ahmad Shakir Al Amin Mohamad, 14, dan Ahmad Syafiq hampir lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa.

Muhammad Basri berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.





Mayat mangsa kemalangan bot ditemukan

 

Pelajar ditemukan lemas


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker