Perjuangan skuad hoki lelaki negara belum selesai

Perjuangan skuad hoki lelaki negara belum selesai
Skuad negara meraikan kejayaan sebagai naib juara Piala Asia 2022 di Jakarta kelmarin. – Foto ihsan FB MHC.

Perjuangan skuad hoki lelaki negara belum selesai

KUALA LUMPUR: Nasib nyata tidak menyebelahi skuad hoki lelaki kebangsaan yang tidak berjaya untuk merealisasikan impian bagi merangkul gelaran juara Asia buat kali pertama di Jakarta, Indonesia, malam kelmarin.

Skuad bimbingan Arul Selvaraj itu terpaksa akur apabila tewas 1-2 di tangan Korea Selatan dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Gelora Bung Karno.

Atas kertas, peluang sebenarnya adalah 50-50 berdasarkan dua pertemuan terakhir kedua-dua pasukan yang menyaksikan Malaysia menang 5-4 ketika peringkat kumpulan sebelum Korea mengikat anak buah Arul dengan keputusan seri 2-2 dalam saingan ‘Super 4’.

Jadi, sama ada Malaysia atau Korea, kedua-dua pasukan memiliki kekuatan seimbang untuk memenangi perlawanan, malam kelmarin.





Apa yang memisahkan antara Malaysia dan Korea, adalah lawan memanfaatkan peluang bagi menjaringkan gol terutama gol kemenangan yang disudahkan menerusi gerakan serangan balas selepas pukulan sudut penalti diperoleh skuad negara.

Selain itu, Korea juga dapat mematahkan semua pukulan sudut penalti yang diperoleh skuad negara biarpun pakar sudut penalti negara, Muhammad Razie Abd Rahim sebelum itu tampil dengan rekod cemerlang dengan meledak 11 gol daripada gerakan berkenaan.

Razie bagaimanapun dinobatkan sebagai penjaring terbanyak apabila merekodkan keseluruhan 13 sepanjang kejohanan berlangsung termasuk hatrik dalam tiga perlawanan.

Di sebalik kegagalan di Jakarta, skuad hoki negara sebenarnya sudah meletakkan penanda aras yang tinggi buat sukan lain di negara ini yang boleh dijadikan sebagai contoh.

Barisan pemain hoki negara mempamerkan watak sebenar sebagai pejuang menerusi kesungguhan mereka, semangat tidak berputus asa, kepercayaan dan mentaliti kemenangan yang ada dalam diri mereka.





Episod duka di Jakarta seharusnya sudah menjadi sejarah buat skuad negara kerana perjuangan mereka masih belum selesai dengan fokus kini adalah bagi melakukan persiapan bagi menghadapi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India yang bermula 13 hingga 29 Januari depan.

Berbaki tujuh bulan sebelum kejohanan bermula, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) perlu bijak menyusun langkah bagi mempersiapkan skuad negara bagi mengelak penyertaan Malaysia di Bhubaneswar dicop sebagai ‘makan angin’.

Untuk bersaing dengan pasukan handalan dunia, sudah pasti barisan pemain negara memerlukan seberapa banyak yang boleh perlawanan-perlawanan ‘kelas A’ sebagai persediaan dan KHM perlulah sedaya upaya cuba untuk memenuhinya.

Jika faktor kewangan menjadi kekangan, kita mempunyai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang sewajarnya tampil menghulurkan bantuan di saat penting ini.

Janganlah terlalu kedekut kerana skuad hoki negara membawa nama Malaysia di peringkat dunia.





Malaysia langkah kanan hoki Piala Dunia Remaja

Perjuangan skuad hoki lelaki negara belum selesai


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker