Russia makin hampir tawan bandar utama Ukraine, Severodonetsk

Russia makin hampir tawan bandar utama Ukraine, Severodonetsk
OLEDAR: Tentera Russia semakin hampir menawan bandar utama Ukraine, Severodonetsk namun Kyiv berharap dapat mempertahankannya dibantu ikrar Amerika Syarikat (AS) dengan sistem roket yang lebih canggih.
Gabenor Lugansk, Sergiy Gaiday, berkata setakat ini Russia sudah mengambil alih 70 peratus hab industri utama dengan tentera Ukraine berundur ke kedudukan yang disediakan.
“Sekiranya dalam dua atau tiga hari ini Russia berjaya tawan Severodonetsk, mereka akan bersedia dengan senjata dan mortar sebelum mengebom Lysychansk dengan lebih agresif,” katanya.
Ukraine sebelum ini berjaya menghalang Russia daripada menawan Kyiv sejak kempen ketenteraan bermula 24 Februari lalu, namun terpaksa membayarnya pada harga yang tinggi apabila Presiden, Volodymyr Zelensky memaklumkan kira-kira 60 hingga 100 anggota tenteranya terbunuh setiap hari.
“Situasi di timur amat sukar,” kata Zelensky.
Severodonetsk kini menjadi sasaran bedilan peluru Russia dan hanya Lysychansk satu-satunya menjadi kubu pertahanan puak penentang di timur Lugansk.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine, Oleksander Motuzianyk, berkata tentera Russia sudah memasuki Severodonetsk dan pertempuran sedang berlaku.
“Tentera Ukraine sedaya upaya menentang mereka,” katanya.
Presiden AS, Joe Biden, sebelum ini mengesahkan bantuan senjata dalam perjalanan dihantar bagi membantu tentera Ukraine.
Senjata itu terdiri beberapa sistem pelancar roket yang mampu melancarkan peluru berpandu secara jarak jauh.
Sistem pelancar roket terbabit antara senjata utama pakej bernilai AS$700 juta, termasuk radar pemantauan udara, senjata anti kereta perisai jarak dekat Javelin, peluru, helikopter, kenderaan dan alat ganti. – AFP
PRN Melaka: Gelombang Biru Melanda Melaka, BN Yakin Sekurang-Kurangnya 18 DUN Akan Di Tawan
Russia makin hampir tawan bandar utama Ukraine, Severodonetsk
Disyorkan Untuk Anda :
- Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin
- Sapura Energy Mula Menjual Aset, Siapa Di Belakang Keputusan Itu?
- Kalau Mahiaddin Ada Maruah, Sila Tekan Butang
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet