Ukraine hilang sehingga 100 askar sehari – Zelensky
Ukraine hilang sehingga 100 askar sehari – Zelensky
WASHINGTON: Antara 60 hingga 100 askar Ukraine dilaporkan terbunuh di medan perang setiap hari, manakala 500 lagi cedera, kata Presiden Volodymyr Zelensky kepada kumpulan berita AS Newsmax dalam satu wawancara, semalam.
“Situasi di timur sangat sukar. Kami kehilangan 60 hingga 100 askar setiap hari, terbunuh dalam peperangan dan sekitar 500 lagi cedera,” kata pemimpin berusia 44 tahun itu melalui jurubahasa kepada Newsmax.
Tahap kerugian yang tinggi datang ketika tentera Ukraine cuba menghalang pergerakan tentera Russia yang berusaha menguasai sepenuhnya Wilayah Lugansk paling timur.
Tentera Russia dilaporkan makin hampir merampas kawalan bandar Severodonestsk, selepas pengepungan yang panjang membabitkan artileri dan pengeboman udara yang sengit.

“Kami mengawal perimeter pertahanan kami di timur, kata Zelensky.
Petunjuk daripada medan perang menunjukkan Russia juga mengalami kerugian besar.
Kerajaan Ukraine menganggarkan pada minggu lalu Russia kehilangan lebih 30,000 askar sejak memulakan pencerobohan mereka pada 24 Februari lalu. – Foto AFP
Seorang warga Palestin dibunuh askar Israel
Ukraine hilang sehingga 100 askar sehari – Zelensky
Disyorkan Untuk Anda :
- Konvensyen BN Sebulat Suara Desak PRU 15 Secepat Mungkin
- Sapura Energy Mula Menjual Aset, Siapa Di Belakang Keputusan Itu?
- Kalau Mahiaddin Ada Maruah, Sila Tekan Butang
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.