11 lagi saksi majlis Aidilfitri babitkan tarian separuh bogel ditahan

11 lagi saksi majlis Aidilfitri babitkan tarian separuh bogel ditahan

11 lagi saksi majlis Aidilfitri babitkan tarian separuh bogel ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan kes majlis rumah terbuka Aidilfitri membabitkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata enam daripada mereka direman termasuk seorang telah dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menjalani pembedahan manakala lima lagi terdiri daripada pengunjung majlis.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan dua lagi suspek dalam kes itu.





“Setakat ini, kami menahan pihak yang menganjur dan telah mengenal pasti penari yang terbabit dalam tarian separuh bogel itu.

“Polis mengenal pasti motif penganjuran majlis itu adalah bagi menarik perhatian orang ramai,” katanya kepada BERNAMA selepas merasmikan Perlawanan Akhir Kejohanan Hoki Piala Ketua Polis Selangor Tahun 2022 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel dan membakar bunga api dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di kawasan perumahan di Shah Alam, pada 27 Mei lalu.– BERNAMA

Polis siasat kes pukul babitkan lelaki berpakaian seragam





11 lagi saksi majlis Aidilfitri babitkan tarian separuh bogel ditahan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker