2 cedera insiden tembakan di tanah perkuburan

2 cedera insiden tembakan di tanah perkuburan
Anggota polis kelihatan sedang memeriksa lokasi insiden tembakan di Tanah Perkuburan Graceland di Racine, Wisconsin, pinggir bandar Milwaukee. – Foto AGENSI

2 cedera insiden tembakan di tanah perkuburan

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya dua orang cedera apabila beberapa tembakan dilepaskan ke arah orang ramai yang menghadiri pengebumian di negeri Wisconsin Amerika Syarikat (AS) semalam, kata polis.

Insiden itu berlaku selepas kejadian tembakan beramai-ramai di sebuah pasar raya di New York, sebuah sekolah rendah di Texas dan sebuah hospital di Oklahoma.

Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah orang ramai yang berkabung pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Graceland di Racine, Wisconsin, pinggir bandar Milwaukee, kata polis Racine, Sarjan Kristi Wilcox kepada pemberita.

Salah seorang mangsa, seorang wanita muda, dirawat di hospital tempatan dan dibenarkan keluar, tetapi mangsa kedua, nampaknya mengalami kecederaan yang lebih serius, telah diterbangkan dengan helikopter ke hospital Milwaukee, kata Wilcox.





Tiada suspek dalam tahanan, katanya, sambil menambah polis meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau rakaman video yang mungkin membantu penyiasat untuk tampil ke hadapan.

Ditanya sama ada beberapa penembak mungkin terbabait, Wilcox berkata dia ‘tidak dibenarkan untuk memberi komen’.

Katanya, dia juga tidak dapat mengesahkan laporan awal bahawa tembakan itu mungkin datang dari sebuah kereta.

Datuk Bandar, Cory Mason mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau telah mengarahkan polis untuk menguatkuasakan perintah berkurung mulai jam 11 ​​malam sepanjang hujung minggu untuk sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun. – REUTERS

Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid





2 cedera insiden tembakan di tanah perkuburan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker