Aksi KDA, JDT ditunda

Aksi KDA, JDT ditunda
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam. NSTP/OWEE AH CHUN

Aksi KDA, JDT ditunda

KUALA LUMPUR: Aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dipinda ke tarikh baharu yang akan diumumkan selepas perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam menjelaskan, pihaknya menerima permohonan daripada KDA untuk meminda perlawanan itu pada 12 Mei lalu.

Beliau berkata, MFL seterusnya memajukan permintaan KDA kepada JDT dan menerima maklum balas positif daripada pasukan Harimau Selatan yang menyokong pertukaran jadual berkenaan.

Katanya, ia bagi membolehkan KDA memiliki lebih banyak masa untuk persiapan terbaik yang diperlukan oleh kelab sebelum menggalas tugas sebagai wakil Malaysia beraksi dalam Kumpulan G saingan Piala AFC.





“MFL meluluskan permohonan KDA bagi pindaan jadual perlawanan itu setelah mengambil kira KDA akan menyertai pertandingan Piala AFC 2022 bermula 24 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022 di Denpasar, Bali, Indonesia.

“Keputusan ini juga adalah persetujuan bersama dengan JDT yang menyokong pindaan ini bagi memberi ruang kepada KDA untuk membuat persediaan bagi menghadapi pertandingan berkenaan.

“Sudah pasti MFL sentiasa akan memberikan kerjasama kepada pasukan-pasukan yang bertanding di peringkat tertinggi seperti ACL (Liga Juara-Juara Asia) dan Piala AFC dalam memastikan wakil kelab negara mendapat persiapan secukupnya ketika bertanding nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, JDT akan bertemu Urawa Red Diamonds dalam aksi 16 pasukan terbaik ACL pada 18 Ogos depan, sementara KDA dan KL City masing-masing bermain di Kumpulan G dan H bagi kempen Piala AFC.

Kedah berdepan tugas berat saingan Piala AFC





Aksi KDA, JDT ditunda


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker