Amber Heard tak mampu bayar Johnny Depp AS$10.35 juta

WASHINGTON: Pelakon Amber Heard kemungkinan tidak dapat membayar pampasan bernilai AS$10.35 juta (RM45.39) juta kepada bekas suaminya, Johnny Depp.
Amber Heard. – Foto AGENSI

Amber Heard tak mampu bayar Johnny Depp AS$10.35 juta

WASHINGTON: Pelakon Amber Heard kemungkinan tidak dapat membayar pampasan bernilai AS$10.35 juta (RM45.39) juta kepada bekas suaminya, Johnny Depp.

Peguamnya, Elaine Bredehoft, berkata anak guamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan juri Amerika Syarikat (AS) yang memihak kepada bintang Pirates Of The Caribbean itu dalam perbicaraan kes saman fitnah panjang yang berakhir Rabu lalu.

“Oh tidak sama sekali tidak,” katanya ketika wawancara dalam rancangan NBC’s TODAY semalam, mengenai sama ada Heard akan membayar Depp seperti diperintahkan mahkamah.

Bredehoft berkata, pasukan undang-undang Depp berusaha untuk melawan Heard dan menyekat bukti penting dalam perbicaraan sekali gus menghalang juri daripada memeriksa bukti dakwaan penderaan Depp.





“Beberapa perkara dibenarkan di mahkamah ini yang tidak sepatutnya dibenarkan dan ia menyebabkan juri keliru.

“Keputusan itu memberi petanda buruk bagi pergerakan MeToo dan akan menghalang wanita daripada melaporkan gangguan dan penderaan seksual.

“Ia satu mesej yang mengerikan dan kemunduran ketara,” katanya.

Sementara itu, Deep dalam kenyataan berkata, dia mengalu-alukan keputusan itu yang disifatkannya juri mengembalikan kehidupannya semula.

Juri di sebuah mahkamah di Fairfax, Virginia, kelmarin memerintahkan Heard membayar ganti rugi AS$15 juta (RM65 juta) selepas didapati memfitnah dia didera bekas suaminya itu.





Bagaimanapun, mahkamah memutuskan jumlah itu dikurangkan kepada AS$10.35 juta (RM45 juta) selari dengan had ganti rugi punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Depp turut diperintah membayar bekas isterinya itu AS$2 juta (RM8.78 juta) selepas juri mendapati kenyataan peguam Depp, Adam Waldman, adalah fitnah terhadap Heard.

Depp, 58, mengemukakan saman fitnah menuntut tidak kurang AS$50 juta (RM219 juta) terhadap Heard yang didakwa memfitnahnya apabila bekas isterinya itu dalam satu artikel akhbar mendakwa dia adalah ‘figura awam mewakili keganasan rumahtangga’.

Heard, 36, yang pernah membintangi filem aksi Aquaman pula mengemukakan tuntutan balas menuntut AS$100 juta (RM439 juta), dengan mendakwa Depp mencemarkan reputasinya.

Kedua-duanya bertemu pada 2011 ketika berlakon filem The Rum Diary sebelum berkahwin pada Februari 2015 dan mereka berpisah dan penyelesaian perceraian dimuktamadkan dua tahun kemudian. – AFP





PU SYED: “BILA DIA (KAK KM) SENTAP DENGAN TEGURAN AMBE.. ITU TANDA MASIH ADA IMAN”

Amber Heard tak mampu bayar Johnny Depp AS$10.35 juta


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker