Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus

Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus

Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus

Ibarat cuba menegakkan benang yang basah, begitulah Annuar Musa yang cuba pertahankan tindakan beliau menongkah arus.

Beliau mengakui tidak berdiri sebagai respon kepada soalan Pengerusi BN yang mahu lihat berapa ramai mahu PRU 15 diadakan segera.

“Saya enggan mengikut kemahuan Zahid bukanlah bermakna tidak setuju agar PRU 15 diadakan secepat mungkin”.





“Saya hanya mahu PRU dibuat apabila BN benar-benar bersedia”.

“Pengalaman saya telah banyak menyaksikan yang didakwa yakin menang, akhirnya kalah”.

“Yang dikata ready (bersedia) sebenarnya belum ready”.

“Yang kononnya ada dana, kehabisan dana selepas beberapa hari kempen bermula”.

“Yakin ramai ‘putih’ akhirnya ‘hitam’ dan sebagainya,” jelas Annuar Musa.





Mungkin Annuar Musa lupa atau buat-buat lupa, yang buat keputusan di PAU 2020 dan PAU 2021 serta EGM UMNO 2022 adalah akar umbi parti.

Begitu juga yang perwakilan BN yang hadir dalam Konvensyen BN juga adalah akar umbi BN.

Malah, akar umbi BN bukan setakat bangun, tetapi juga melaungkan perkataan ‘setuju’ beramai-ramai.

Kalau Annuar Musa mendakwa yang berdiri itu kerana terpaksa dan dalam keadaan terpinga-pinga.

Bagaimana pula yang melaungkan perkataan ‘setuju’ sehingga gamat seluruh dewan.





Apakah mereka juga terpaksa dan dalam keadaan terpinga-pinga.

Perlu juga kita ingatkan Annuar Musa, yang bersetuju adalah akar umbi dan merekalah tunjang jentera pilihanraya.

Mengenai dana pilihanraya, kita akui ianya memang penting.

Namun apabila Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan kepimpinan tertinggi BN sudah menyatakan persetujuan, apakah Annuar Musa fikir persetujuan mereka tanpa memikirkan tentang dana?

Edisi Siasat nasihatkan Annuar Musa, kembalilah ke pangkal jalan dan berhentilah menjadi kera sumbang dalam parti sendiri.





 

Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker