Enam cedera dirempuh pemandu BMW diserang sawan

Enam cedera dirempuh pemandu BMW diserang sawan
Antara kenderaan yang remuk akibat dirempuh kereta BMW selepas pemandunya dikatakan diserang sawan di lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, di sini, malam tadi. – Foto PDRM

Enam cedera dirempuh pemandu BMW diserang sawan

MELAKA: Akibat diserang sawan, seorang pemandu kereta BMW merempuh sembilan kenderaan lain hingga menyebabkan enam cedera ketika menunggu lampu isyarat di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan [email protected] Zaki Omar berkata, semua mangsa sedang menunggu di simpang empat lampu isyarat Taman Chiptaco berhadapan sebuah pasar raya, di sini, dalam kejadian jam 9.14 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau, pemandu BMW lelaki berusia 38 tahun itu dikatakan mengalami sawan menyebabkan dia tertekan pedal minyak.

Justeru, katanya, kereta itu meluncur laju sebelum merempuh beberapa kenderaan lain yang berhenti di hadapannya.





“Pemandu terbabit kemudiannya dipercayai sekali lagi diserang penyakit itu menyebabkan berlaku rempuhan kedua.

“Kemalangan berkenaan membabitkan 10 kenderaan yang menyebabkan enam pemandu serta penumpang berusia antara 20 hingga 73 tahun cedera, selain pemandu BMW turut cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, sembilan kenderaan yang dirempuh ialah dua Perodua Myvi, Honda Jazz, Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona.

“Semua mangsa termasuk pemandu Perodua Kenari wanita berusia 20 tahun yang mengalami patah hidung dirawat di Zon Hijau dan Zon Kuning Hospital Melaka.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.





Kematian tahanan Penjara Satelit Beranang dipercayai akibat sawan

Enam cedera dirempuh pemandu BMW diserang sawan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker