Junta Myanmar akan laksana hukuman mati

Junta Myanmar akan laksana hukuman mati
Penunjuk perasaan menghadiri protes di Yangon, Myanmar Julai lalu, menentang rampasan kuasa tentera. – Foto REUTERS

Junta Myanmar akan laksana hukuman mati

YANGON: Junta Myanmar akan menghukum mati seorang bekas anggota parti Aung San Suu Kyi dan seorang aktivis demokrasi terkemuka, yang kedua-duanya disabitkan kesalahan keganasan.

Ia adalah pelaksanaan hukuman mati pertama negara itu sejak 1990, kata seorang jurucakap kepada AFP hari ini.

“Empat orang, termasuk bekas Ahli Parlimen Phyo Zeya Thaw dan aktivis demokrasi Ko Jimmy, yang dijatuhi hukuman mati akan digantung mengikut prosedur penjara,” Zaw Min Tun memberitahu AFP.

Junta telah menjatuhkan hukuman mati kepada berpuluh-puluh aktivis antirampasan kuasa sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap pembangkang selepas merampas kuasa tahun lalu, tetapi Myanmar tidak melaksanakan hukuman mati selama beberapa dekad.





Phyo Zeya Thaw, ahli Liga Kebangsaan untuk Demokrasi Aung San Suu Kyi yang ditangkap pada November, dijatuhi hukuman mati Januari lalu atas kesalahan di bawah undang-undang antikeganasan.

Aktivis demokrasi terkemuka, Kyaw Min Yu – lebih dikenali sebagai ‘Jimmy’ – menerima hukuman yang sama daripada tribunal tentera.

“Mereka meneruskan proses undang-undang merayu dan menghantar surat permohonan untuk pindaan hukuman itu,” kata jurucakap junta, Zaw Min Tun.

“Namun, mahkamah menolak rayuan dan permintaan mereka. Tiada langkah lain selepas itu,” tambahnya.

Tiada tarikh ditetapkan untuk hukuman mati itu, kata jurucakap itu. – AFP





Kyiv laksana perintah berkurung sukar, berbahaya selama 36 jam

Junta Myanmar akan laksana hukuman mati


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker