Pencalonan Nurhayati bagi jawatan naib presiden KOM ditolak

Pencalonan Nurhayati bagi jawatan naib presiden KOM ditolak
KUALA LUMPUR: Pencalonan bekas atlet wanita Selangor era 90-an, Nurhayati Karim bagi jawatan naib presiden dalam pemilihan jawatan tertinggi Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) penggal 2022/2025 pada mesyuarat agung tahunan (AGM), 12 Jun ini ditolak.
Menurut kenyataan KOM, pencalonan Nurhayati ditolak berdasarkan klausa 8.7.1 Perlembagaan KOM yang menyatakan : “Pada AGM di mana pemilihan pemegang jawatan diadakan, calon-calon mestilah pemegang jawatan semasa kepada Ahli (-Ahli) Gabungan, kecuali calon untuk jawatan presiden, yang terbuka kepada sesiapa yang dicadangkan oleh ahli gabungan.
“Kesemua pencalonan hendaklah dicadangkan dan disokong oleh Ahli (-Ahli) Gabungan yang berkenaan dengan pengesahan penerimaan oleh calon itu dan dihantarkan kepada Pengurus Besar KOM sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh AGM yang ditetapkan,” menurut klausa itu yang dikongsi oleh KOM.
Bagaimanapun, Nurhayati yang juga bakal bertanding bagi merebut jawatan presiden KOM dan berhadapan saingan tiga penjuru dengan menentang penyandang Datuk SM Muthu selain Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Presiden Persatuan Olahraga Perlis (POAPs).
Berikutan penolakan pencalonan Nurhayati, kini hanya tinggal lima calon untuk jawatan naib presiden KOM iaitu Datuk Mark William Ling, Josephine Kang, Datuk R. Annamalai, Syamsul Bani Abdullah dan Sallehuddin Satar.
Calon bagi bagi merebut jawatan timbalan presiden kekal dua iaitu Datuk Fadzil Abu Bakar dan Datuk Seri V Pulanthiran.
– BERNAMA
Pencalonan Nurhayati bagi jawatan naib presiden KOM ditolak
Disyorkan Untuk Anda :
- Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet
- PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022
- Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid